Rumah duka Ashraf Sinclair dinaikkan bendera kuning, belum putuskan lokasi pengebumian - Hiburan | mStar

Rumah duka Ashraf Sinclair dinaikkan bendera kuning, belum putuskan lokasi pengebumian

Kediaman Allahyarham Ashraf dan Bunga Citra Sinclair dikunjungi jiran.

BERITA pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada Selasa mengejutkan ramai pihak terutama keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.

Seperti dipetik KapanLagi.com, rumah duka yang menempatkan jenazah sudah mula dikunjungi jiran dan rakan-rakan artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Kelihatan beberapa penyanyi seperti Rossa dan Intan Ayu masuk ke dalam rumah bagi menziarahi jenazah.

Kediaman Allahyarham dikawal oleh pengawal keselamatan. FOTO KOMPAS.COM

Bendera kuning turut dinaikkan sebagai tanda terdapat kematian dan dipasang di setiap sudut rumah duka yang terletak di kawasan Pejaten, Jakarta Selatan.

Rumah duka adalah bangunan yang menempatkan jenazah sebelum dikebumikan.

Pintu pagar rumah tertutup dan dikawal ketat oleh pegawal keselamatan berpakaian hitam.

Terdahulu, Ashraf meninggal dunia pada pukul 4 pagi Selasa.

Sudah dinaikkan bendera kuning. FOTO KAPANLAGI.COM

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun selepas mengalami serangan jantung.

Sementara itu, pengurus Allahyarham, Doddy memberitahu keluarga masih belum memutuskan lokasi untuk dikebumikan.

Pemergian Allahyarham mengejutkan ramai pihak. FOTO KAPAN LAGI.COM

"Belum tahu akan dikebumikan di mana. Kami masih berunding" ujarnya.

Menurut sumber, jenazah akan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Ashraf Sinclair , BCL

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain