suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak seluar jeans Issey atau kasut Ajak? Rebut barangan peribadi penyampai dalam segmen 'Jom Pow TPS'!

Rebut barangan peribadi penyampai TPS.

PENDENGAR Team Pagi Suria iaitu Ajak, Issey dan Fizi Ali berpeluang untuk miliki barangan peribadi mereka menerusi segmen Jom Pow TPS.

Segmen itu akan disiarkan secara langsung di Facebook Suria Malaysia selama satu jam bermula 10 pagi pada Rabu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Faktor usia buat Ajak Shiro selesa bekerja di Suria FM

Pengurus Kanan Suria FM DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, berkata, pendengar perlu menjawab soalan yang diberikan oleh penyampai Team Pagi Suria untuk memenangi salah satu daripada barangan yang dipakai oleh penyampai pada hari tersebut.

"Antara barangan peribadi seperti kasut, topi, t-shirt dan jaket berjenama Adidas serta seluar jeans kepunyaan Issey.

"Ajak dan Fizi pula akan memberikan barangan seperti topi, jaket, t-shirt, seluar dan kasut," ujarnya.

Team Pagi Suria bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6 hingga 10.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Artikel Lain