Afifah Nasir tayang kekasih baharu, netizen tanya mana Wan Ariff?

Afifah temui cinta baharu selepas putus dengan Wan Ariff (kiri).

PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon Afifah Nasir dengan seorang jejaka berserta kapsyen romantik menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, pemilik nama Nur Afifah Md Nasir, 27, mengucapkan terima kasih kepada jejaka itu kerana meluangkan masa menyambut hari lahirnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir Satu Dalam Sejuta

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Puas Hati... Mari Jumpa” - Kekasih Afifah

"Hanya dengan satu pandangan, itu saja yang diperlukan untuk berada di tempat kita sekarang.

Antara komen netizen di foto Afifah dan kekasih baharunya.

"Terima kasih kerana buang segala-galanya untuk memastikan awak dapat menghabiskan sepanjang hari pada hari lahir saya, memanjakan saya," tulisnya.

Biarpun rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir namun ada segelintir terkejut Afifah sudah bertukar kekasih dan tidak lagi bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Wan Ariff.

"Wow pakwe baru... mana pakwe lama.

"Dah tak bercinta dengan Wan Ariff ke?

Hanya dengan satu pandangan, itu saja yang diperlukan untuk berada di tempat kita sekarang.

AFIFAH NASIR

PELAKON

"Aik? Dah tukar dah? Hmmm," tulis beberapa netizen di ruang komen foto tersebut.

Menerusi tinjauan mStar, Afifah sudah memadam foto bersama Wan Ariff manakala bekas kekasihnya itu masih menyimpan gambar-gambar mereka di Instagram.

Nama Wan Ariff mula dikenali sejak dia tampil mempertahankan aktres itu yang dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sekitar 2017.

Nama Afifah pernah terpalit dalam kontroversi rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Kontroversi tercetus apabila Aliff ditahan polis selepas mencederakan bekas isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin pada 27 Julai 2017.

Dalam kejadian itu, Bella yang ditemani ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati aktor itu bersama seorang pelakon baharu iaitu Afifah Nasir.

Menerusi laporan mStar pada 1 Januari 2018, Afifah memberitahu dia tidak akan memperoleh pasangan yang lebih baik daripada Wan Arif.

Manakala Wan Ariff pula menyifatkan aktres itu sebagai satu dalam sejuta wanita yang ditemui dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain