suria

Afifah Nasir Satu Dalam Sejuta

Afifah gembira disamping kekasihnya, Wan Arif. Foto Instagram @afifahnasir.

PELAKON Afifah Nasir menyifatkan teman lelakinya, Wan Arif seorang yang penuh dengan kejutan dan sentiasa membuatkan dia rasa istimewa setiap masa.

Afifah atau Nur Afifah Nasir, 24, berkata dia tidak akan memperoleh pasangan yang lebih baik daripada kekasihnya.

"Banyak benda nak cakap tentang lelaki istimewa ini. Seorang yang sentiasa penuh dengan kejutan. Sentiasa berahsia bila nak bawa pergi makan malam.

"Terima kasih selalu percaya dengan saya dan buat saya rasa istimewa setiap masa. Kita berkongsi hampir semua benda dan tidak ada satu masa pun saya ragui awak.

"Awak sangat matang dalam mengendali apa sahaja dan saya takkan minta untuk pasangan yang lebih baik. Terima kasih untuk bunga," kata Afifah.

Afifah kelihatan cantik dengan memakai gaun.

Luahan tersebut dikongsi menerusi laman Instagramnya sempena menyambut ulang tahun yang tiga tahun mereka bersama sebagai pasangan kekasih di Thirty8, Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.

Rata-rata netizen meninggalkan komen ingin melihat pasangan itu berkahwin dan mendoakan jodoh mereka berpanjangan.

"Selamat ulang tahun kakak sayang. Adik doakan jodoh sampai akhir hayat sampai jannah ya kakak. Awak sangat cantik. Maaf lambat beri ucapan. Saya sangat awak.

"Awh! Sangat cantik la kakak Fifa. Sayang awak. Harap-harap panjang jodoh boleh naik pelamin cepat-cepat. Amin.

"Semoga hubungan awak berdua ke peringkat seterusnya dan menjadi yang terakhir untuk satu sama lain. Amin," komen beberapa pengikutnya di Instagram.

Wan Arif bersyukur memiliki Afifah sebagai pasangannya. Foto Instagram: @wanarif.

Manakala menerusi laman Instagram Wan Arif juga meluahkan rasa syukur dapat memiliki Afifah sebagai pasangannya.

Wan Arif memberitahu tahun 2017 sangat mencabar dan seperti pasangan kekasih lain, mereka juga ada membuat kesilapan namun sudah memaafkan satu sama lain.

"Sambut tiga tahun bersama dia yang satu malam semalam. Tahun ini sangat mencabar buat kita berdua.

"Macam pasangan lain, kita juga ada buat silap tapi Alhamdulillah kita ada kekuatan untuk saling bermaaf-maafan.

"Sepanjang hubungan ini, dia banyak tunjuk sebalik diri dia yang umum tidak nampak. Dia adalah satu dalam sejuta dan saya bersyukur dapat panggil dia pasangan saya," tulisnya.

Afifah Nasir, Wan Arif

Artikel Sebelum

Mas Khan ‘Poyo’

Artikel Berikut

Artikel Lain