suria

Hafiz Suip Sudah Bergelar Bapa!

Hafiz luah rasa syukur dengan kelahiran orang baru dalam keluarganya. Foto Instagram @hafizsuip.

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jasreel Abdullah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 8.06 pagi Ahad.

Hafiz menerusi Instagram mendedahkan perkara itu sambil memuat naik gambar bahagian kaki anaknya yang turut tertera butiran kelahiran pada tag yang dipakai.

Penyanyi lagu Awan Nano itu menerusi kapsyen pada gambar memberitahu kelahiran bayi sulungnya itu sebagai hadiah bagi pembuka tirai tahun 2018.

Hafiz memuat naik gambar bahagian kaki anaknya di Instagram.

"Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

"Jutaan terima kasih kepada isteri saya, Nureffy Jesreel kerana memberikan saya momen yang indah sepanjang tahun ini.

"Terima kasih juga kepada ibu bapa kami, keluarga serta sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua," tulisnya.

Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016.

Hafiz Suip

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain