“Andai dia wanita dan difitnah, tunjukkanlah bukti yang boleh menutup fitnah” - Shahrol Shiro gesa pihak berkuasa tegas tangani isu Sajat

Shahrol meluahkan rasa bimbang terhadap tindakan jemaah haji yang berpakaian menyerupai wanita.

KISAH lelaki berpakaian wanita ketika mengerjakan ibadah umrah nampaknya begitu hangat diperkatakan ramai.

Isu itu menjadi bualan ramai termasuk pelawak Shahrol (Shiro) yang menggesa pihak berkuasa memandang serius isu golongan mak nyah yang dilihat semakin terbuka dan berani hingga mencetuskan kebimbangan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia cukup aib! Maruah dan aurat wanita di Makkah boleh tercemar” - PU Amin bimbang Sajat tunai umrah berpakaian wanita

ARTIKEL BERKAITAN: “Sajat nak kahwin, mahu tukar jantina dalam MyKad” - 'Runner' nafi tipu duit, tuntut mohon maaf

Menurut Shahrol, dia tidak mahu institusi agama Islam dihina sewenang-wenangnya tanpa tindakan tegas.

"Aku bukanlah ustaz tetapi aku bersuara kerana tidak mahu kesucian agama Islam ini dihina sebegini rupa.

Sajat menunaikan umrah bersama keluarga dan dua anak angkatnya.

"Andai kata dia benar-benar wanita dan difitnah, maka tunjukkanlah bukti sama ada daripada pemeriksaan doktor atau apa saja bukti yang boleh menutup fitnah ke atasnya.

"Jika dia bersalah maka ambillah tindakan yang tegas. Semoga kita semua dijauhkan daripada kemurkaan Allah," ujarnya.

Shahrol meluahkan rasa tidak senangnya itu menerusi entri yang dimuat naik ke laman Instagram pada Isnin.

Selain itu Shahrol turut membuat perbandingan bagaimana pihak berkuasa di negara ini menjalankan tugasan apabila berdepan kesalahan sama.

"Gambar satu, seorang remaja ditahan kerana menyamar sebagai seorang pegawai kanan polis dan direman untuk siasatan.

Dua isu ini adalah kesalahan yang sama iaitu menyamar.  Satu menyamar jadi polis dan satu menyamar sebagai wanita.

SHAROL SHIRO

PELAWAK

"Gambar dua, Sajat berangkat ke Tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah dan memakai pakaian muslimat tetapi diragui jantinanya.

"Dua isu ini adalah kesalahan yang sama iaitu menyamar... satu menyamar jadi polis dan satu menyamar sebagai wanita. Satu melanggar hukum yang dibuat oleh manusia, satu melanggar hukum Tuhan," tulisnya lagi.

Terdahulu, kisah usahawan kosmetik yang memiliki nama asalnya lelaki berpakaian wanita termasuk bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah menjadi kecoh di media sosial.

Lebih menggusarkan apabila Pencetus Ummah (PU) Amin meluahkan kebimbangan terhadap hukum aurat yang mampu merosakkan ibadah muslimat lain.

Shahrol Shiro, umrah

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain