“Aku kotor, aku kecil, aku tak layak berada di sini” - Mas Idayu sebak tunai umrah, berdoa mahu jadi lebih baik selepas pulang

Mas Idayu terharu berpeluang tunaikan ibadah umrah.

PELUANG menjejakkan kaki ke Kota Suci Makkah bagi mengerjakan umrah cukup menginsafkan bagi penyanyi dangdut Mas Idayu.

Menurut Mas Idayu, dia tidak menyangka akan diberi kesempatan untuk menyempurnakan ibadah itu bersama anak perempuannya, Nur Dayini Asyiqah.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah Baby Shima, Mas Idayu Dicemuh Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu Diterima Di Indonesia Kerana Pertahankan Bahasa Malaysia

"Setelah aku bersedih meninggalkan Kota Makkah dan Masjidil Haram, hari ini air mataku mengalir lagi kerana meninggalkanmu Ya Rasulullah.

Mas Idayu mengerjakan ibadah umrah bersama anak perempuannya.

"Aku kotor, aku kecil, aku tak layak berada di sini. Tapi Allah masih menjemputku dan aku begitu bersyukur," ujarnya.

Mas Idayu meluahkan rasa sedih dan sebak itu menerusi posting yang dimuat naik ke Instagram pada Ahad.

Mas Idayu menunaikan ibadah umrah bersama anak perempuannya selama dua minggu.

Dalam pada itu, Mas Idayu turut berkongsi perasaan sedih yang dirasainya ketika mereka selesai melakukan ibadah dan bakal meninggalkan bumi Anbia itu.

Ya Rasulullah... aku rindu padamu... aku tidak baik, aku ingin menjadi baik.

MAS IDAYU

PENYANYI

Tambah penyanyi lagu Cintaku 100% ini, dia turut berdoa ibadah yang dilakukan diterima Allah dan dia diberi petunjuk agar menjadi insan yang lebih baik.

"Setiap hari aku buka jendela kamarku di kota Madinah ini, aku dapat melihat kubah hijauMu, makamMu, aku beri salam padaMu, aku akan merindui Al-Haram, Masjid Nabawi... aku berdoa Allah terima umrahku.

"Setelah pulang menjadi yang lebih baik itu adalah yang mabrur, sekira sebaliknya... berilah petunjuk dan hidayah buat kami agar jadi lebih baik Ya Allah.

"Ya Rasulullah... aku rindu padamu... aku tidak baik, aku ingin menjadi baik, ingatlah namaku Ya Rasulullah," ujarnya.

Mas Idayu, umrah

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain