“Dia tak faham lagi tentang cinta” - Bapa tidak mahu Nik Adam terkait cinta pelakon kanak-kanak Mitilda - Hiburan | mStar

“Dia tak faham lagi tentang cinta” - Bapa tidak mahu Nik Adam terkait cinta pelakon kanak-kanak Mitilda

Bapa Nik Adam tidak mahu anaknya terpalit dengan publisiti murahan.

BAPA kepada pelakon cilik Nik Adam Mika iaitu Nik Mohd Adli menafikan dakwaan kononnya anaknya menjadi punca hubungan cinta kanak-kanak Duerra Mitilda dan Hezriq Shah putus.

Menurut Adli, anaknya itu yang baru berusia 10 tahun tidak mempunyai apa-apa perasaan dan belum pun mengenal erti cinta melainkan hanya selesa berkawan dengan Mitilda.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta monyet pelakon kanak-kanak berakhir gara-gara cemburu! - “Dia kuat jealous tak faham status Mitilda sebagai artis”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon kanak-kanak dikecam warganet gara-gara kongsi kisah cinta, bapa enggan campur urusan peribadi anak

"Saya nak jelaskan, Adam baru berusia 10 tahun dan masih suka bermain-main dan berkawan. Adam tak faham apa maksud cinta dan sebagainya. Apa yang dia faham, dia nak berkawan dan bermain, macam kanak-kanak yang seusia dengannya.

"Budak-budak seusia itu memang masa mereka untuk cari kawan bermain... saya tak kisah dia berkawan dengan Mitilda cuma kalau bercinta itu masih terlalu awal buat dia.

Hubungan cinta Mitilda dan Hezriq menerima kecaman ramai.

"Mengenai kapsyen sweet di Instagram itu saya yang buat dan sebenarnya ia adalah tanda ucapan terima kasih kepada ibu Mitilda yang bantu menjaga Adam ketika ketiadaan saya di set penggambaran," ujarnya kepada mStar.

Tambah Adli, dia juga tidak mahu Adam terpalit dengan mana-mana publisiti murahan atau gosip cinta kerana bimbang perkara itu akan menjatuhkan prestasi dalam karier lakonan anaknya.

"Saya taknak Adam naik atas sebab publisiti murahan macam ni sedangkan niat dia hanya untuk berkawan. Kebetulan Adam pula home schooling dan dia selesa berkawan dengan Mitilda.

Cara dia menggunakan anak dan mewujudkan satu suasana yang tak sihat apabila netizen tengok dan mula kecam. Sampai Adam pun dah takut nak jumpa Mitilda.

NIK MOHD ADLI

BAPA NIK ADAM MIKA

"Tentang ibu bapa Mitilda yang membenarkan dia untuk bercinta macam tu, mungkin mereka ada sebab tertentu yang saya tak boleh campur apa-apa.

"Mungkin itu cara dia untuk mempromosikan anak dan cerita yang kami tengah shoot. Saya hargai dan memang bagus pun apa yang dibuatnya itu tapi cara dia menggunakan anak dan mewujudkan satu suasana yang tak sihat apabila netizen tengok dan mula kecam. Sampai Adam pun dah takut nak jumpa Mitilda," ujarnya.

Bagaimanapun, jelas Adli, setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri dalam mendidik anak malah menghormati setiap tindakan yang dilakukan ibu Mitilda.

Namun Adli berkata, apa yang berlaku terhadap anaknya itu dikhuatiri akan memberi kesan terhadap masa depan dan karier dalam industri seni.

Nik Adam selesa berkawan dengan Mitilda.

"Adam dah boleh faham apa yang diperkatakan netizen mengenai dirinya.

"Kata-kata buruk apabila netizen cakap dia tak sunat lagi, boleh menjatuhkan moral dia untuk berlakon dan karier dalam industri.

"Apapun saya tak mahu menilai... itu mungkin cara mereka (ibu bapa Mitilda) mendidik anak tapi apabila ia dah kena dekat Adam, sedikit sebanyak saya rasa tak best sebab saya ada keluarga dan perkara ini pun melibatkan anak saya," katanya.

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

6 polis cedera helikopter terhempas