“Bukan nak cakap besar tapi puas tangan nak menepis” - A. Aida enggan fikir soal jodoh, mahu tumpu perhatian pada anak-anak

Datuk A Aida enggan memikirkan soal jodoh buat sementara waktu.

PENERBIT Datuk A. Aida memberitahu ramai lelaki yang cuba mendekatinya selepas bercerai dengan Ariff Aziz pada Jun lalu.

Namun, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, berkata dia lebih memilih untuk memberikan fokus terhadap kerjaya dan anak-anak berbanding soal jodoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin keuntungan berlipat ganda, A. Aida labur jutaan ringgit buka kolej tawar kursus mutawwif dan barista - “Saya ingin beli jet peribadi”

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Ariff cerai talak satu - “Saya gembira dengan perceraian ini”

"Bukan nak cakap besar tetapi mereka yang nak mengurat saya tu... puas tangan nak menepisnya. Tapi sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini... jadi saya rasa biarlah sekejap.

A. Aida mahu fokus terhadap anak-anak dan kerjayanya buat masa ini.

"Lagipun saya dah serik dengan kehidupan lalu... saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. 

"Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak. Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini," ujarnya kepada mStar.

Mengenang kembali kata-kata arwah ibunya, A. Aida berkata, dia berasa sebak apabila sering gagal dalam perkahwinan biarpun memiliki harta dan kekayaan. 

"Betullah kata arwah mak dulu... tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ.

Lagipun saya dah serik dengan kehidupan lalu... saya pun sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini.

DATUK A AIDA

PENERBIT

"Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya hingga kini," ujarnya.

Bagaimanapun Aida berkata, dia tidak menolak takdir mahupun jodoh yang hadir dalam hidupnya selepas ini jika sudah ditakdirkan ada rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

"Sekarang ini saya nak fokus dengan kerjaya, cari lebih banyak lagi sumber pendapatan sebab anak saya tiga lagi masih belajar.

"Tapi, jodoh, ajal maut di tangan Allah. Kalau tiba-tiba Dia hantar jodoh saya nak buat macam mana?" ujarnya.

Datuk A Aida, jodoh

Artikel Berkaitan

Artikel Lain