suria

Farah Nabilah kini isteri juruterbang, tutup 2019 dengan deretan majlis resepsi serba mewah

Pasangan ini selamat dinikahkan dengan sekali lafaz dalam majlis bertemakan Melayu Klasik.

PELAKON Farah Nabilah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus, 28, dengan sekali lafaz di Royale Chulan, Damansara pada kira-kira pukul 9.04 malam, Jumaat.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, dan Mohammed Amirul dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad sambil disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas tujuh dulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah jadi ‘matchmaker’, Farah Nabilah bakal berkahwin dengan juruterbang 20 Disember depan

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Farah kelihatan anggun mengenakan busana putih rekaan pereka fesyen terkenal RizmanRuzaini.

Berbeza daripada kebiasaan, pasangan ini mengikat pertunangan beberapa minit sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Terdahulu Farah menerima rombongan merisik daripada keluarga pihak lelaki pada awal tahun ini.

Pada majlis yang bertemakan Melayu Klasik, pasangan pengantin memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman dan solekan oleh Khir Khalid.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

Majlis khatam Al-Quran dan resepsi pertama bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana pada Sabtu.

Selepas itu majlis di sebelah lelaki akan berlangsung di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember disusuli resepsi sebelah perempuan di Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari depan.

Menerusi laporan mStar pada 23 Oktober lalu, Farah mendedahkan mereka diperkenalkan oleh rakan baiknya iaitu pelakon Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu.

Farah berkata, sikap penyabar dan pandai mengambil hati keluarga membuatkan dia menerima kehadiran lelaki berkenaan sebagai pasangan hidup.

Farah Nabilah

Artikel Lain