suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Selain mata bengkak, nafas pun jadi pendek” - Nazim Othman fobia makan ubat sakit kepala tanpa nasihat doktor

Nazim mengalami bengkak pada mata kerana alahan pada ubat sakit kepala.

PELAKON Nazim Othman mengalami bengkak pada mata selain gangguan pernafasan gara-gara alahan pada ubat sakit kepada yang diambilnya baru-baru ini.

Lebih parah, apabila Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35, tidak dapat meneruskan tugasnya apabila mengalami serangan itu sewaktu sedang menjalani sesi penggambaran bagi drama Suri Katriana.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa bukan saya yang pertama?” - Nazim Othman enggan terima watak kedua jika hero tak semenggah

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia langsung tak seaneh seperti cerita orang” - Nazim Othman sangkal tanggapan Sheila Rusly garang dan bersuara ‘petir’

"Jangan makan ubat sebarangan. Ini kali pertama saya kena alahan pada ubat sepanjang hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.

Antara posting yang dimuat naik Nazim.

"Selain mata bengkak, nafas pun jadi pendek.

"Allergies tak boleh dibuat main-main ya," tulisnya.

Nazim mendedahkan mengenai perkara itu melalui sebuah posting di Instagram pada Khamis.

Situasi yang dialaminya itu dikatakan pernah terjadi kepada pelakon dan pengacara Eleena Sui.

Malah, aktres itu pernah pengsan gara-gara alahan ubat yang dialaminya.

"Ada tahap allergies yang boleh mengancam nyawa macam apa yang pernah jadi pada Eleena Sui sebelum ni.

NAZIM OTHMAN

Pelakon

"Ada tahap allergies yang boleh mengancam nyawa macam apa yang pernah jadi pada Eleena Sui sebelum ni.

"Memandangkan dia pernah kena tahap allergy to medicine yang parah, jadi dialah yang paling concern sekali apabila tau saya kena allergy kat lokasi shooting Suri Katriana tadi.

"Sampai bawa saya terus pegi klinik sebab dia takut kalau saya collapse atau pengsan seperti yang pernah terjadi pada dia sebelum. Thanks babe! Jasamu kukenang. Anyways, korang kalau sakit janganlah makan ubat sembarangan. Pergilah klinik dulu tanya doktor," ujarnya lagi.

Nazim Othman, alahan ubat

Artikel Lain