suria

Isteri Saharul Ridzwan hamil anak kedua - “Moga baby girl kali ini, tolong aminkan ya!”

Saharul Ridzwan dan isteri teruja menantikan kelahiran cahaya mata kedua.

ISTERI kepada pelakon Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir mengumumkan kini hamil anak kedua mereka pada Sabtu.

Menurut Deena, kehilangannya di laman sosial kerana menantikan waktu sesuai untuk berkongsi berita gembira itu.

"Assalammualaikum. Ini adalah sebab kenapa tiba-tiba Deena 'hilang dari radar'. Alhamdulillah syukur Ya Allah segala puji bagiMu atas nikmat yang lama ditunggu kini telah tiba pada masa yang tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya balik pun Ali tak tahu” - Kurang rapat dengan anak, Saharul Ridzwan akui timbul rasa cemburu terhadap isteri

"Jangan pernah putus asa dan jangan pernah bersangka buruk denganNya. This boy (Ali) going to be a big brother," katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Bersama kapsyen tersebut, Deena turut berkongsi foto alat ujian kehamilan.

Deena Emir memaklumkan mengenai kehamilannya di Instagram.

Meskipun belum mengetahui jantina anak yang dikandungnya itu, Deena mengharapkan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan.

"Semoga mummy sihat dan kuat, baby yang dikandung juga dalam keadaan sihat, sempurna sifatnya, dilindungi dari segala kejahatan, keburukan, kemudaratan, cantik rupa parasnya, baik akhlaknya, menjadi anak yang soleh dan solehah.

"Moga baby girl kali ni. Tolong amin kan ya!," ujarnya.

Sementara itu, Saharul, 30, turut berkongsi rakaman video ketika isterinya mengumumkan berita gembira tersebut.

Saharul bersama isteri, Deena dan anaknya, Ali.

"Alhamdulillah, terima kasih untuk doa anda semua sebelum ini.

"Doakan semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga dilindungi Allah. Alhamdulillah syukur,” katanya.

Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Luth Ali, kini berusia dua tahun.

Saharul Ridzwan, Ali, Deena Emir

Artikel Lain