suria

“Dia memancing bersama kawan, dapat ikan dan selepas itu...” - Bot terbalik, anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas

Pitt Haniff dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Jerantut, Pahang.

ANAK kepada pelakon, Fauziah Nawi iaitu pengarah filem Pitt Haniff hilang dan dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Mela, Jerantut, Pahang pada Sabtu.

Isterinya yang juga pelakon Farah Ahmad mengesahkan mengenai kemalangan itu dan memberitahu pencarian sedang dilakukan oleh pihak berkuasa di lokasi kejadian.

"Saya isteri kepada Pitt Hanif nak beritahu berita yang anda dengar itu benar. Saya dalam perjalanan ke Sungai Mela, Jerantut, Pahang.

"Kejadian berlaku tengahari tadi, itu gambar bot sebelum terbelah dua yang dikongsi dalam group Whatsapp memancing sebelum kejadian.

“Dia memancing bersama kawan, dia dapat ikan dan selepas itu..." katanya menerusi laman Instagram.

Pitt (tengah) baru selesai mengarahkan filem Coastguard, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Farah turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan suaminya itu.

"Saya tahu awak kuat, awak tunggu saya. Insya-Allah, Allah akan bantu selamatkan Pitt. Allah dengar, alam juga dengar. Doakan semuanya selamat.

"Perlu doa semua dan semoga yang baik-baik," ujarnya.

View this post on Instagram

Maaf xdapat layan semua. #prayforpitthanif

A post shared by Farah Ahmad (@ifarahahmad) on

Berita mengejutkan mengenai Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif turut dikongsi oleh beberapa rakan-rakan artis di media sosial.

Dilaporkan kini usaha pencarian sedang giat dilakukan oleh pasukan keselamatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, mangsa dipercayai dibawa arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam radius tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang iaitu berdekatan Jambatan Gemenchur, Mela.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa dibawa arus deras apabila bot yang dinaikinya bersama rakan terbalik namun rakannya itu berjaya diselamatkan," katanya.

Usaha mStar untuk menghubungi Fauziah Nawi tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab.

Pitt Haniff, Fauziah Nawi

Artikel Lain