suria

Sambut hari jadi di hospital, Sissy Iman terkena renjatan elektrik ketika 'curl' rambut

Sissy terkena renjatan elektrik sewaktu menggunakan alat penggulung rambut di rumahnya.

MALANG tidak berbau, penyanyi Sissy Iman ditimpa nasib kurang baik apabila tangan kanannya terkena renjatan elektrik ketika sedang menggunakan alat pengulung rambut.

Bapanya, Mohammad Kamil, 56, berkata, kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Cheras ketika penyanyi itu sedang bersiap untuk menjalani penggambaran sebuah iklan di Sepang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayahanda sentiasa temani... Tiada masalah untuk dekati Sissy Imann

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah penat dengan kulit muka ni” - Sissy Iman alami tekanan emosi, kulit wajah tetap bermasalah selepas rawatan

Bagaimanapun, Sissy dibenarkan pulang selepas empat jam mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebansaan Malaysia (HUKM), pagi Khamis.

"Dalam pukul 2 pagi semalam, selepas dia balik dari berjumpa kawan-kawan di Bandar Tasik Permaisuri untuk sambut hari jadi, Sissy terus bersiap untuk shooting TVC di Sepang pukul 6.30 pagi nanti.

"Disebabkan penggambaran itu dilakukan di tepi pantai dan memang tak ada plug point, Sissy terpaksa curl rambut dia sendiri, jadi apabila sampai sana nanti tinggal nak make up sahaja.

Renjatan elektrik menyebabkan pembuluh darah pada tangan kanan Sissy pecah.

"Semasa saya berada di tingkat bawah terdengar bonda (isteri) menjerit... apabila saya lari naik ke atas, saya tengok Sissy sedang menangis," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Kamil berkata, renjatan itu turut menyebabkan pergelangan Sissy menjadi kebas dan lebam.

Penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu mengadu kebas pada tangan kanannya selepas terkena renjatan elektrik itu.

"Dalam keadaan panik itu, kami terus kejarkan dia ke hospital.

"Renjatan itu menyebabkan pembuluh darah pada tangannya pecah dan lebam. Sissy juga mengadu tangannya kebas-kebas," ujarnya.

Renjatan itu menyebabkan pembuluh darah pada tangannya pecah dan lebam.

SISSY IMAN

Penyanyi

Dalam pada itu, Kamil memberitahu Sissy berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya sebelum kembali bekerja.

"Alhamdulillah, selepas pemeriksaan doktor beritahu jantung semua okey dan Sissy berada dalam keadaan stabil.

"Cuma dia dinasihatkan untuk berehat secukupnya sebelum aktif balik dengan kerjaya seni," katanya.

Terdahulu, Sissy menerusi laman Instagram ada memuat naik beberapa posting menunjukkan dia sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Lebih menyedihkan insiden itu berlaku pada ulang tahun kelahirannya yang ke-24. 

Sissy Iman, renjatan elektrik

Artikel Lain