suria

“Tiada produk boleh rawat kulit saya kecuali ubat doktor” - Izara Aishah tegur netizen ambil kesempatan terhadap masalah kulitnya

Izara membuat teguran secara terbuka terhadap seorang wanita yang mengambil kesempatan ke atas masalah jerawat dihadapinya.

PELAKON Izara Aishah menegur tindakan seorang wanita yang disifatkan mengambil kesempatan ke atas masalah jerawat yang dihadapi pada kulit wajahnya.

Menurut Izara, masalah jerawat itu bukan berpunca daripada produk penjagaan kulit sebaliknya disebabkan solekan, pemakanan dan hormon.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara kecewa baju merepek tak sesuai karakter

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah jadi ‘matchmaker’, Farah Nabilah bakal berkahwin dengan juruterbang 20 Disember depan

"Menipu untuk jual produk sendiri ya?

"Tidak, kulit muka saya begitu disebabkan make up, kacang dan hormon," ujarnya.

Izara menjelaskan masalah jerawat yang dihadapinya bukan berpunca daripada penggunaan produk penjagaan kulit.

Terdahulu, seorang wanita dengan tweethandle @BiscuitTeacher mendakwa kononnya masalah jerawat yang dihadapi aktres itu berpunca daripada penggunaan sebuah produk sabun.

Wanita itu kemudiannya dilihat sempat mempromosikan produk penjagaan kulit yang dijualnya kepada Izara sebelum bertindak memadam status berkenaan.

"OMG, pakai produk Kaym** katanya... habis breakout. Sebenarnya sabun Kaym** ni akan buat kulit you kering dan sensitif.

"Lepas tu jerawat mula la naik... hati-hati guys.

Tidak, kulit muka saya begitu disebabkan make up, kacang dan hormon.

IZARA AISHAH

Pelakon

"Kalau nak tahu skincare dan bahan apa yang sesuai dengan kulit anda, boleh Whatsapp saya," tulisnya.

Dalam pada itu, Izara berkata, tiada satu produk pun mampu merawat kulitnya melainkan ubat-ubatan daripada doktor pakar.

"Tiada satu produk penjagaan kulit pun yang boleh merawat kulit muka saya kecuali ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

"Dalam satu minggu nanti okeylah sis," ujarnya.

Izara Aishah, jerawat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain