“Hanya ada 6 bulan hingga setahun untuk hidup” - Selepas buang 12 biji batu, Ibu Roslan Shah disahkan hidap kanser perut tahap 4

Roslan minta doakan kesihatan ibunya.

SELEPAS menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac lalu, ibu kepada pelakon dan pengacara Roslan Shah kini disahkan menghidap kanser perut tahap empat.

Menurut Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan, doktor memberitahu ibunya iaitu Mariam Kari, 79, hanya mempunyai masa selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Lega... Batu dalam perut ibu berjaya dibuang - Roslan Shah

Roslan berkongsi mengenai keadaan ibunya di Instagram.

"Doktor beritahu ibu tercinta Cik Lan boleh hidup enam bulan hingga setahun kerana ada kanser perut tahap 4 dan doktor dapat kesan.

"Tetapi bagi Cik Lan Allah yang menentukan ajal maut, yang penting Cik Lan kena kuat dan selalu berdoa untuk ibu tercinta," katanya.

Roslan berkongsi perkara itu menerusi Instagram pada Rabu. Dia berharap agar pengikut laman sosial mendoakan kesihatan ibunya.

"Doakan untuk ibu tercinta Cik Lan ya... Puan Mariam Kari... Amin. Cik Lan kena kuat, ibu adalah segala-galanya untuk Cik Lan.

Batu yang berjaya dikeluarkan dalam perut ibu Roslan pada Mac lalu.

"Sayang ibuku tercinta... Nak cium ibu tercinta setiap hari dan puas-puas," tulisnya.

Sebelum ini, Roslan meluahkan rasa lega apabila ibunya selamat menjalani pembedahan membuang batu dalam perut di Hospital Changi, Singapura pada Mac lalu.

Kata Roslan, terdapat 12 biji batu dalam perut ibunya yang menyebabkan warga emas itu menderita sakit.

Roslan Shah

Artikel Lain

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16