Chacha Maembong tak ambil hati sering dibandingkan dengan Emma Maembong

Bakat lakonan Chacha Maembong sering dibandingkan dengan kakaknya sendiri iaitu Emma Maembong.

PELAKON Chacha Maembong mengakui tidak ambil hati jika bakat lakonan sering dibandingkan dengan kakaknya, Emma Maembong meskipun dia terlebih dahulu terlibat dalam dunia lakonan.

Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 23, netizen kini semakin bijak dalam menilai bakat lakonannya dengan Emma mempunyai kelebihan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong Terkejut Dituduh Kurang Ajar Kerana Baju

ARTIKEL BERKAITAN:  Chacha Maembong Malu Dicemuh Tidak Bersekolah

"Saya tak kisah pun jika orang nak bandingkan saya dengan Emma... Alhamdulillah, netizen dah semakin bijak dan mereka tahu lakonan saya dengan Emma adalah sangat berbeza.

Chacha tak ambil hati meskipun bakat lakonannya sering dibandingkan dengan Emma.

"Mereka tahu Emma sesuai dengan watak yang bagaimana dan mereka juga tahu saya ada kekuatan lain dalam membawa satu-satu watak itu.

"Mereka tidak lagi membanding-bandingkan antara saya dengan Emma seperti dahulu...  mungkin juga kerana lakonan saya kini semakin matang," katanya kepada mStar.

Tambah aktres filem Anak Perjanjian Syaitan ini, dia dan Emma sebaliknya sering memberi sokongan dan berbincang dalam memperbaiki prestasi dan mutu lakonan masing-masing.

Sejujurnya kami selalu Facetime dan dia akan tanya sekiranya saya dalam keadaan baik.

CHACHA MAEMBONG

Pelakon

"Lagipun saya dengan Emma selalu membantu satu sama lain. Contohnya, kadang-kadang saya akan dapat watak yang memang 'makanan' Emma, saya akan call untuk minta nasihat dan pendapat dalam membawa watak sebegitu.

"Sejujurnya kami selalu Facetime dan dia akan tanya sekiranya saya dalam keadaan baik, bagaimana dengan lokasi penggambaran saya," ujarnya.

Chacha Maembong, Emma Maembong

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Lelaki jual vaksin Covid-19 palsu ditahan

Harga petrol, diesel naik