Aksi suap-menyuap Risteena, netizen tanya nak tayang kekasih siapa paling romantik ke? - “Ruhainies... apa lagi tunjuk you punya sweet pula” - Hiburan | mStar

Aksi suap-menyuap Risteena, netizen tanya nak tayang kekasih siapa paling romantik ke? - “Ruhainies... apa lagi tunjuk you punya sweet pula”

Aksi mesra Risteena dengan teman lelakinya mengundang rasa kurang senang netizen.

JIKA sebelum ini aksi suap-menyuap pelakon Ruhainies dan kekasihnya menerima kecaman netizen, kali ini, aksi kakaknya, Nur Risteena bersama kekasih pula menjadi perhatian di media sosial apabila turut melakukan perkara sama.

Menurut Risteena, dia berdepan masalah kurang selera makan sejak beberapa hari lalu sehingga membuatkan teman lelakinya itu terpaksa membawanya ke restoran dan turut menyuapkan makanan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki Ruhainies suap nasi kandar dalam Ferrari, netizen naik menyampah manja tak bertempat

ARTIKEL BERKAITAN: “Untungnya masih ada mama” - Netizen ‘cemburu’ Risteena dapat peluang jaga ibu sakit

"Sejak beberapa hari ni tak ada selera makan sangat. Tapi nasib baik setiap hari habis shooting, ada orang ambil, bawa pergi makan, suap makan.

"Terima kasih sebab melayan saya yang selalu nak perhatian ni," tulisnya.

Risteena berkongsi momen itu menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Aksi mesra Risteena dan teman lelaki mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa gembira melihat pasangan itu yang dilihat saling menyayangi antara satu sama lain.

"Manjanya! Adik-beradik memang suka sorok siapa boyfriend ya?

"Tak apa sis... rasai puas-puas nikmat sweet sebelum diijabkabulkan.

"Jangan sweet sangat kasihanlah kami yang single ni," kata netizen.

Tidak kurang dari itu, ada netizen yang berseloroh menyifatkan dua beradik ini seolah-olah berlawan untuk tunjuk kekasih siapa yang paling romantik.

Sejak beberapa hari ni tak ada selera makan sangat. Tapi nasib baik setiap hari habis shooting, ada orang ambil, bawa pergi makan, suap makan.

NUR RISTEENA

Pelakon

"Berlawan-lawan dua beradik ni nak tunjuk boyfriend masing-masing sweet. Moga selamat diijabkabulkan dan kekal sweet hingga akhir hayat ya.

"Ala... sekejap je diorang ni. Adik-beradik sama saja.

"Ruhainies... apa lagi tunjuk you punya sweet pula... lawan Risteena," tulis netizen.

Terdahulu, aksi teman lelaki kepada pelakon Ruhainies yang sanggup membawa sepinggan nasi kandar masuk ke dalam kereta bagi memenuhi hasrat teman wanitanya itu yang enggan makan di dalam restoran menerima kecaman netizen.

Ia gara-gara cara pasangan itu menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain disifatkan terlalu berlebih-lebihan.

Nur Risteena , Ruhainies

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain