Mimi Lana tak kongsi kisah peribadi di laman sosial untuk elak depresi - “Saya anggap netizen ni robot”

BIARPUN sering dikritik terlalu kurus, pelakon Mimi Lana tidak pernah terasa hati dan mengambil serius perkara tersebut.

Menurut pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, dia hanya memandang kritikan tersebut dari sudut positif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa netizen macam tak betul, sakit hati lihat tubuh saya?” - Mimi Lana rimas ditegur cengkung, tangan nampak urat

"Saya tak pernah rasa terganggu pun dengan kritikan itu. Apabila orang bertanya, saya hanya memberi pandangan sahaja. Saya okey saja bila orang kata diri kurus.

Netizen kritik perubahan bentuk badan Mimi yang kelihatan cengkung dan semakin kurus.

"Orang tegur-tegur mengenai diri saya pun, saya tak ada masalah. Anda boleh kata apa saja kepada saya,"

"Bagi saya, kalau mereka kata saya kurus, mungkin saya kena besarkan paha atau kena pergi gimnasium tapi tidak la sampai saya depresi," katanya kepada mStar.

Mimi ditemui ketika Malam Gala filem Pusaka di MBO, The Starling Mall, Petaling Jaya pada baru-baru ini.

Untuk orang yang menghadapi masalah depresi, berehat adalah jalan terbaik dan tak mati pun kalau tak ada media sosial.

MIMI LANA

Pelakon

Perubahan bentuk badan Mimi untuk wataknya menerusi filem seram Pusaka mengundang kritikan netizen yang menganggap aktres itu kelihatan cengkung hingga kelihatan urat pada tangan. 

Mimi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak enam kilogram daripada 49 Kilogram yang dilakukan dalam masa enam minggu.

Dalam pada itu, kekasih kepada pelakon Syafiq Kyle ini memberitahu dia enggan berkongsi mengenai kehidupan peribadinya di media sosial.

Mimi mengambil kritikan netizen secara positif.

Bagi Mimi, jalan terbaik untuk seseorang yang berhadapan dengan masalah depresi disebabkan laman sosial adalah berehat dari platform tersebut.

"Kita tak boleh nak kawal media sosial sebab itu saya gunakan platfrom itu hanya untuk kerja dan tak ada istilah saya nak kongsi mengenai peribadi saya.

"Sebab saya tahu, betapa bahayanya media sosial. Untuk orang yang menghadapi masalah depresi, berehat adalah jalan terbaik dan tak mati pun kalau tak ada media sosial.

"Sebenarnya saya anggap netizen ini adalah robot. Bagi mereka yang suka kecam ini, guna la media sosial dengan baik," ujarnya.

Mimi Lana

Artikel Berkaitan

Artikel Lain