suria

“Kenapa netizen macam tak betul, sakit hati lihat tubuh saya?” - Mimi Lana rimas ditegur cengkung, tangan nampak urat

Demi kerjaya, Mimi Lana sahut cabaran turunkan berat badan.

DEMI mahu kelihatan seperti seorang yang kurus, lesu dan tidak bermaya, pelakon Mimi Lana terpaksa menurunkan berat badan sehingga 43 kilogram.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, berkata, proses penurunan berat badan sebanyak enam kilogram daripada 49 kilogram berjaya dilakukan dalam masa enam minggu.

Semuanya dilakukan Mimi bagi menghidupkan watak bernama dalam filem Pusaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle mula ‘bosan’ dengan Mimi Lana - “Kenapa perlu bercinta lagi dalam set drama?”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat teruja foto mesra Mimi Lana dengan Syafiq Kyle “Tak perlu tanya lebih-lebih, beritahu umum itu dah memadai”

Akibat perubahan bentuk badan itu, Mimi berkata dia kurang selesa apabila kerap ditegur netizen bahawa dia kelihatan cengkung hingga kelihatan urat pada tangan.

"Apabila orang cakap saya kurus, saya tiada masalah kerana memang kurus. Saya buat kerja demi karakter yang akan saya lakonkan. 

Mimi berjaya menurunkan enam kilogram berat badan demi merealisasikan wataknya, Nur.

"Tetapi saya ada masalah dengan beberapa netizen yang seperti tidak betul dan sakit hati melihat tubuh badan saya. 

"Komen seperti 'kenapa kamu kurus sangat, tolonglah' membuatkan saya rasa pelik. Sesetengah netizen kelihatan bersungguh-sungguh seperti merayu apabila menegur mengenai berat badan saya," katanya kepada mStar.

Mimi ditemui di majlis pelancaran filem Pusaka di Restoran Subak, Sungai Pechala pada Khamis.

Menerusi filem Pusaka, Mimi membawa karakter Nur iaitu kembar tidak seiras kepada Nuar lakonan Syafiq Kyle.

Filem ini mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid.

Selain Syafiq dan Mimi, filem yang bakal ditayangkan pada 31 Oktober ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Mimi Lana, kurus, urat tangan

Artikel Lain