suria

Ustaz berdakwah dalam dikir barat - “Elak ‘mengarut’ guna elemen lucah dan sensitiviti”

Zul Afkar Al-Husna berjaya merebut juara Tukang Karut Gegar Deeja 2019.

MENEPATI ramalan, Zul Afkar Al-Husna, 29, yang juga guru sekolah rendah muncul juara Tukang Karut Gegar Deeja 2019 yang berlangsung di Auditorium, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada Khamis.

Kemenangan ini sekaligus melayakkan Afkar membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, tanjak khas dan tawaran menjadi artis rakaman dibawah Eddie Hamid Entertainment.

Menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, kemenangan berkenaan disifatkan sebagai rezeki cahaya mata keduanya yang baru berusia dua bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah paling popular! Menang besar di ABPBH32

“Alhamdulillah, syukur atas kemenangan ini dan saya kira rezeki pada hari ini adalah rezeki anak saya yang kedua.

"Sebenarnya ini adalah cara nak bersihkan bidang seni jika ia dipandang negatif, ini dakwah melalui pentas seni berdikir barat.

"Sebab itu elemen lucah dan sensitiviti cuba dielakkan dalam 'mengarut'. Saya juga selitkan dalil dalam ayat-ayat saya ketika membuat persembahan, ” katanya kepada mStar.

Peserta bersama barisan juri serta awok-awok dari Akademi Arjunasukma.

Afkar merupakan guru di sebuah sekolah rendah agama swasta.

Sementara itu tempat kedua dimenangi Muhammad Nur Adha Mohd Din yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 diikuti Putra Amirulmukmin menerima RM1,000 di tangga ketiga dan Mokharudin Ismail di tempat keempat berjaya membawa pulang RM500.

Program itu menampilkan tukang karut dan pelawak, Sabri Yunus sebagai juri di samping penyanyi dan komposer, Eddie Hamid dan sasterawan negara, Dr Lim Swee Tin.

Kesemua peserta final diberi tiga tugasan iaitu berdikir bertemakan tokoh pada pusingan pertama, berentap secara battle pada pusingan kedua dan cabaran spontan pada pusingan terakhir.

Hadir sama pada program itu ialah Hanis Suraya selaku duta Deeja kosmetik dan penyanyi Usop Mentor.

Tukang karut, Gegar Deeja, juara

Artikel Lain