suria

“Orang itu pun dah nak ada baby” - Sufian Suhaimi beri pengajaran kepada netizen, harap berhenti ungkit kisah dengan Elfira Loy

Sufian berharap netizen berhenti mengungkit kisah silamnya.

TINDAKAN penyanyi Sufian Suhaimi menempelak seorang wanita yang dipanggilnya 'makcik' kerana meninggalkan komen dengan cuba mengaitkan kisah silamnya dibuat sebagai pengajaran kepada netizen.

Menurut Sufian, 27, kisah antara dia dan pelakon Elfira Loy tidak sepatutnya diungkit semula memandangkan masing-masing sudah mempunyai haluan hidup yang berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak tunjuk awak kecewa? Nak bagi si dia rasa bersalah ke?” - 'Makcik Instagram' tegur imej selekeh Sufian Suhaimi

"Banyak sebenarnya komen tak berapa positif yang biasanya saya biarkan sahaja. Tapi kali ini apabila dia tulis nak buat 'si dia tu rasa bersalah', saya rasa benda itu tidak patut diungkit lagi.

Teguran 'makcik IG' membuatkan Sufian terpanggil menbalas komen tersebut.

"Nak tegur fasal penampilan, saya okey tapi kalau beranggapan macam apa yang saya buat seolah-olah nak bagi orang lain rasa bersalah itu yang membuatkan saya terpanggil untuk menjawab supaya tak ada lagi orang buat benda yang sama.

"Lagipun sudah lama sangat cerita itu. Orang itu (Elfira) dah nak ada baby dan kami pun ada haluan hidup masing-masing yang berbeza," kata Sufian kepada mStar.

Penyanyi lagu Di Matamu ini ditemui ketika Konsert Karisma Jelajah Suria 2019 di Central i-City Mall, Shah Alam, pada Sabtu.

Sebelum ini, teguran 'pedas' seorang wanita mengenai penampilan Sufian yang dikatakan tidak terurus kerana ingin membuatkan bekas tunangnya berasa bersalah berdasarkan foto terbaharu di Instagram menarik perhatian penyanyi itu.

Saya sudah padam komen tersebut, terlalu banyak komen negatif terhadap wanita itu yang saya sendiri tak suka baca terutama daripada generasi muda.

Sufian Suhaimi

Penyanyi

Sufian yang membalas komen tersebut menjelaskan penampilan tidak terurus itu disebabkan dia baru selesai melakukan aktiviti menyelam.

Dalam pada itu, Sufian memberitahu dia telah memadam komen tersebut disebabkan terlalu banyak kata-kata kesat yang digunakan netizen terutama generasi muda terhadap wanita berkenaan.

"Saya sudah padam komen tersebut, terlalu banyak komen negatif terhadap wanita itu yang saya sendiri tak suka baca terutama daripada generasi muda.

"Bagi saya, ia sesuatu yang sangat tidak baik apabila berlaku di platform yang saya sediakan sebab itu lebih baik saya padam sahaja dan lagipun, saya tak suka aura negatif,” ujarnya.

Sufian Suhaimi, Elfira Loy

Artikel Lain