suria

“Cantiknya Lisa!” - Nama Lisa Surihani jadi 'trending', foto bersama Siwon turut dapat perhatian

Nama Lisa Surihani kini menjadi trending no. 1 Malaysia di Twitter.

PENAMPILAN baharu pelakon Lisa Surihani dengan imej muslimah selepas pulang dari menunaikan Umrah mendapat sokongan ramai terutama peminatnya.

Malah, nama Lisa Surihani dilihat masih menjadi bualan sehingga trending nombor satu Malaysia di laman sosial Twitter pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Doakan semoga ia datang dari hati yang ikhlas” - Lisa Surihani dipuji anggun bertudung selepas pulang Umrah

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan memuji kecantikan Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33.

Netizen memuji kecantikan Lisa memakai tudung.

Kehadiran Lisa bersama selebriri terkenal Korea Choi Siwon pada program Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang pagi Jumaat turut menjadi topik dalam kalangan warga laman sosial itu.

Segelintir netizen cemburu melihat pelajar sekolah tersebut dapat bergambar dengan pelakon filem Lagenda Budak Setan dan Siwon.

"Lisa Surihani seorang yang sangat cantik. Masha-Allah, dia kelihatan sangat cantik dengan memakai hijab. Alhamdulillah.

"Saya sentiasa menjadi peminat Lisa Surihani. Dan sekarang, lihat artis kesayangan Malaysia dah bertudung.

"Rasa nak masuk sekolah balik! Cemburu!" tulis beberapa netizen di laman sosial.

Lisa memakai tudung selepas pulang dari menunaikan Umrah pada Syawal lalu.

Menerusi laporan mStar, Lisa mula tampil dengan imej berhijab pada Rabu lalu ketika menghadiri sebuah majlis dan meminta orang ramai mendoakan penghijrahannya.

Keputusan untuk melakukan perubahan itu selepas pulang menunaikan Umrah baru-baru ini.

Dia menunaikan Umrah pada Syawal lalu bersama suaminya Yusry Abdul Halim dan dua cahaya matanya, Yahaira Leanne, 4, dan Yusof Leonne yang kini berusia dua tahun.

Lisa Surihani, Siwon

Artikel Lain