Suami Abby Abadi teringin anak sendiri, Norman Hakim kata... “Alhamdulillah bertambah ahli keluarga saya” - Hiburan | mStar

Suami Abby Abadi teringin anak sendiri, Norman Hakim kata... “Alhamdulillah bertambah ahli keluarga saya”

Norman meluahkan rasa syukur dengan penambahan ahli keluarga sekiranya Abby sedang hamil.

SUAMI kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria sentiasa meletakkan harapan untuk dikurniakan zurait bersama aktres itu.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon Norman Hakim, 43, sambil mengajak semua peminat untuk mendoakan agar doa Faizal dan bekas isterinya itu termakbul.

"Memang Abby pernah meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata, terutama suami Abby iaitu Jaei (Faizal).

"Biarpun mereka sudah mempunyai dua orang anak angkat tapi Jaie memang mengharapkan untuk dikurniakan zuriat sendiri.

"Kita sama-sama doakan agar impian Abby dan Jaie termakbul," kata Norman kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan serik jumpa saya setiap bulan ya” - Abby Abadi 'ready' ulang-alik klinik, beri gambaran kini hamil pada usia 42 tahun


Hubungan rapat Abby dan Norman menjadi inspirasi pasangan yang sudah bercerai.

Norman sebagai individu yang rapat dengan Abby diminta mengulas mengenai status pelakon Gerak Khas itu yang seakan memberi bayangan kini sedang berbadan dua.

Ini kerana Abby menerusi Instagram memberi gambaran dia kini sedang hamil selepas membuat imbasan di sebuah klinik pada 15 jun lalu.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, bagaimanapun berkata dia belum bersedia berkongsi berita gembira tersebut kerana masih terlalu awal.

Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya lima bulan.

Dalam pada itu, Norman memberitahu dia tidak layak untuk memberi sebarang kenyatan rasmi berhubung perkara tersebut biarpun hubungan mereka rapat.

Bagaimanapun, Norman meluahkan rasa syukur dengan penambahan ahli keluarga sekiranya Abby sedang hamil.

Keluarga besar Abby dan Norman.

"Saya tak boleh beri kenyataan rasmi walaupun dia ibu kepada anak-anak saya. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat dia.

"InsyaAllah kalau ada rezeki, ada la tu. Sekiranya dia sedang hamil, Alhamdulillah bertambah ahli keluarga saya.

"Hubungan kami memang sangat rapat walaupun bukan sebagai suami isteri tapi ibu bapa kepada anak kami dan kami saling mendoakan satu sama lain," ujarnya.

Norman sebelum ini pernah berkahwin dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Norman kemudian berkahwin dengan Memey Suhaiza pada 24 September 2011 dan dikurniakan tiga anak, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia sebelas bulan.

Manakala Abby mendirikan rumah tangga dengan Jaiezzany, 45, pada 14 Ogos 2015 dan mempunyai dua anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dna Maisara Dayana Fathia yang dijaga sejak tahun lalu.

Norman Hakim , Abby Abadi

Artikel Lain