suria

“Kita kena faham jika mereka tak sudi” - Jawab Nazrey diminta kembali bersama kumpulan Raihan

Nazrey Johani minta netizen minta peminat berhenti berharap untuk melihatnya kembali menyanyi bersama Raihan.

BEKAS anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani meminta agar peminat berhenti berharap untuk melihatnya kembali menyanyi dengan kumpulan nasyid terkenal itu.

Nazrey, 47, berkata zaman bersama Raihan sudah berlalu dan dia kini mempunyai perjalanan hidup sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar hafal lagu Raihan sejak umur 6 tahun, akhirnya impian masa kecil tercapai

"Saudara-saudara sekalian, move on. Jika mereka (Raihan) tidak sudi, kita perlu faham.

Nazrey minta peminat berhenti berharap.

"Nazrey adalah Nazrey, memang pernah menganggotai Raihan namun masa tersebut sudah berlalu. Kita sudah semakin dewasa dan tua, berlapang dada adalah jalan terbaik," kata Nazrey.

Permintaan agar Nazrey kembali menganggotai Raihan semakin tinggi selepas lagu Sesungguhnya 2019 nyanyian Alif Satar dan kumpulan nasyid itu mendapat tempat di hati peminat.

Dalam perkembangan lain, Nazrey juga menjelaskan akan mengadakan persembahan Jelajah Nazrey Johani pada Ogos untuk mengumpul dana pembangunan sekolah tahfiz kendaliannya di Ranau, Sabah.

Raihan semasa menjayakan Konsert Nur di Istana Budaya satu ketika dahulu.

"Insyaallah saya akan mengadakan siri jelajah selama satu bulan di semenanjung sekitar Ogos ini.

"Jelajah bertujuan untuk menampung dana bagi maahad tahfis fasa dua kendalian saya di Ranau, Sabah.

Nazrey Johani dedah bakal adakan persembahan jelajah Ogos ini.

Nazrey mengundurkan diri daripada kumpulan Raihan itu pada 2006 bagi memberi tumpuan kepada kegiatan dakwah.

Raihan mencipta sejarah apabila album Puji-Pujian menjadi album terlaris di Malaysia dengan jualan melebihi satu juta unit.

nazrey johani, raihan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain