suria

“Alhamdulillah doa termakbul” - Alif Satar bakal timang anak lelaki

Alif Satar umum bakal timang cahaya mata lelaki.

PENYANYI dan pengacara terkenal Alif Satar akhirnya mendedahkan jantina bakal cahaya mata ketiganya yang dijadualkan lahir sekitar Oktober depan.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 29, berkata dia begitu teruja apabila disahkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar syukur isteri hamil semula selepas alami keguguran

"Alhamdulillah doa kami termakbul apabila doktor mengesahkan jantina bakal anak ketiga kami ialah lelaki, sebenarnya kami sudah mengetahui perkara ini beberapa bulan lalu namun keputusan tersebut hanya disahkan doktor semalam.

Alif turut kongsi kegembiraan di Instagram.

"Saya sangat sukakan kanak-kanak, malah tidak mungkin kami suami isteri 'tutup kedai' selepas kelahiran anak ketiga ini. Mana tahu boleh dapat seorang lagi anak lelaki selepas ini?," Kata Alif kepada mStar.

Penyanyi lagu Sesungguhnya 2019 duet bersama kumpulan Raihan ini ditemui pada majlis sambutan hari raya bersama kelab peminatnya pada Sabtu.

Dalam pada itu, pengacara program Big Stage ini menjelaskan dia dan isteri masih lagi mencari nama sesuai untuk bakal anak ketiga mereka itu.

"Yang pastinya nama anak ketiga kami bakal mempunyai pangkal nama bermula huruf A, namun kami masih mencari nama yang paling sesuai untuk 'baby A'.

"Namun saya mahukan satu nama yang membawa maksud baik, Insyallah orangnya bakan menjadi individu yang berguna kelak," katanya.

Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada 2014.

Sebelum ini Alif pernah mendedahkan isterinya iaitu Sha Dila, 35, mengalami keguguran pada awal tahun ini sebelum disahkan hamil semula tidak lama selepas itu.

Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca yang kini berusia dua tahun.

alif satar

Artikel Lain

Wajah bayi berkedut seperti berusia 80 tahun