Ally Iskandar tamatkan zaman duda, bekas isteri tumpang gembira “Dia bukan milik saya dan tiada dalam hati ini”

Ally Iskandar tamat zaman duda.

PENGACARA dan personaliti televisen, Ally Iskandar menamatkan zaman duda apabila bergelar suami kepada wanita bernama Marlina Ibrahim dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Menerusi foto yang tersebar di media sosial, pengacara Malaysia Hari Ini itu melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis di Temerloh Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beza orang terpelajar, tahu pentingnya emosi anak” - Ally Iskandar dan Farah Lee buktikan hubungan tak berakhir selepas cerai

Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah Al-Quran kepada wanita itu.

Foto pernikahan Ally Iskandar yang tersebar di media sosial.

Sebelum ini Ally pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti media sosial Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maream Esaabel yang kini berusia lima tahun.

Isteri Ally Iskandar, Marlina Ibrahim.

Dalam pada itu, laman sosial bekas isterinya Farah Lee, mula dibanjiri pertanyaan berkaitan perkahwinan Ally.

Farah yang menjawab soalan netizen menjelaskan dia sudah mengetahui perkara itu sejak awal lagi.

"Sudah tentu saya tahu perkara ini lebih awal," tulisnya.

Ally bersama anak dan bekas isteri.

Farah juga berkata, dia tumpang gembira dengan berita tersebut dan menganggap perkara itu tidak membuatkan dia sedih.

"Saya tidak perlu untuk tabah, dia bukan milik saya dan langsung tidak berada dalam hati ini.

"Saya tumpang gembira atas perkawhinan mereka," tambahnya.

ally isakandar, farah lee

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain