“Tiada siapa yang memahami” - Ardell Aryana dedah punca masih single! - Hiburan | mStar

“Tiada siapa yang memahami” - Ardell Aryana dedah punca masih single!

Kesibukkan bekerja punca Ardell masih single.

PELAKON Ardell Aryana memberitahu kerjayanya sebagai seorang usahawan menjadi punca dia belum mendirikan rumah tangga sehingga kini.

Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, keadaan itu juga menyebabkan dia belum menemui pasangan yang dapat memahami kesibukkan jadualnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana pilih berdiam diri, enggan peminat sedih

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu pun gimik, lagu Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana jadi ‘trending 1’

Kesibukan kerjaya menyebabkan Adell sukar bertemu pasangan yang dapat memahaminya.

"Ini punca mengapa sehingga kini saya masih single dan belum berumah tangga.

"Kerana saya terlalu sibuk dengan perniagaan dan tiada siapa yang dapat memahami saya," katanya.

Ardell menceburkan diri dalam bidang perniagaan baju dan tudung jenama Arwadelhijab itu mendedahkan perkara berkenaan menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya memberi sokongan moral selain turut berdoa agar Ardell tidak terlalu tertekan memikirkan soal jodoh.

Aktres drama bersiri Tiada Cinta Sepertimu sebelum ini pernah dikaitakan bercinta dengan pelakon Nadzmi Adhwa namun kedua-dua mereka menafikan perkara itu sebaliknya mengakui hanya berkawan baik.

Ardell Aryana , solo

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini