suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat K-Drama pasti teruja, kandungan Oh!K kini boleh ditonton menerusi platform dimsum

Antara drama Korea yang boleh ditonton di Oh!K menerusi platform dimsum.

PENGUMUMAN terbaharu penyedia perkhidmatan langganan 'video on demand' (VOD) dari Malaysia, dimsum pastinya menggembirakan peminat drama Korea Selatan (K-Drama).

Untuk pengetahuan anda, dimsum telah melancarkan kandungan VOD mereka yang dibawakan khas dari saluran Oh!K sejak 2017.

Oh!K sememangnya banyak menyiarkan seleksi K-Drama yang bukan sahaja bakal menyentuh hati anda, malah ia juga bakal mengukir senyuman buat para penonton.

Antara yang akan ditayangkan termasuklah My Secret, Terrius, Less than Evil, Partners for Justice, Bad Papa, Hide and Seek, Jang Geum, Oh My Grandma 
2018 MBC Music Festival.

Malah, banyak lagi K-Drama lain yang akan dilancarkan sepanjang tahun ini yang mana ia boleh ditonton menerusi platform ini.

Lebih mengujakan, ia bukan sahaja tersedia dalam bahasa Korea, malah penonton tempatan juga boleh memilih untuk menonton dalam bahasa Mandarin termasuklah bantuan sari kata dalam beberapa bahasa lain.

Mengulas hal itu, Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim berkata, dia teruja untuk menyediakan kandungan berkenaan kepada penonton serantau.

"Kami gembira dengan kolaborasi ini untuk mengembangkan lagi kandungan menerusi dimsum.

"Servis terbaharu ini menawarkan karya-karya popular dan menghiburkan dari Oh!K," katanya lagi.

Untuk pelanggan dimsum, mereka boleh mengakses Oh!K menerusi laman web atau aplikasi telefon perkhidmatan itu.

 

dimsum, VOD, Oh!K, K-Drama

Artikel Lain