suria

“Kalau tiba-tiba Ruhaines nak kahwin tahun ni, saya kena cepatkan majlis” - Risteena tak mahu adik langkah bendul

Ruhaines dan Risteena (kanan).

PELAKON Nur Risteena mengakui sudah mempunyai teman lelaki namun memlih untuk tidak terlalu bercerita mengenai soal perkahwinan.

Menurut Risteena, 29, dia tidak mahu jika hubungan itu terputus di tengah jalan dan menggores hati banyak pihak.

"Saya akui sudah ada calon suami tapi untuk melangkah ke fasa seterusnya kami tak mahu terlalu bercerita, takut tak jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka Tahun 2020 Dalam Diri Risteena

"Dalam hal ini kita kena jaga hati kedua-dua belah pihak, sebab tu saya memilih untuk tidak terlalu menunjuk siapa teman lelaki saya.

Risteena dan adiknya, Ruhainies.

"Yang pasti, kalau nak kahwin saya akan maklumkan kepada semua dan berkongsi dengan peminat. Tak ada rahsia!," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Risteena memberitahu ibunya iaitu Che Bunga Salleh ada meletakkan harapan untuk melihat dia berkahwin terlebih dahulu sebelum adiknya, Ruhainies.

"Emak pun ada kata kalau boleh biarlah saya kahwin dulu baru Ruhainies... sebabnya tak mahu langkah bendul, jadi Ruhainies kena tunggu saya kahwin dulu.

Ruhainies mahu terokai semua bidang seni.

"Kalau tiba-tiba Ruhainies nak kahwin tahun ini, nampaknya saya kena cepatkan majlislah," katanya.

Bercakap mengenai karier seni, pelakon filem Hantu Wangan ini memberitahu dia ingin mencuba pelbagai bidang sebelum melangkah ke fasa perkahwinan.

"Sebelum kahwin, saya nak mencuba pelbagai benda berkaitan seni antaranya pengacaraan.

"Sekarang ini pun tengah sibuk penggambaran travelog sampaikan waktu dengan keluarga pun terhad, macam mana nak kahwin tu," ujarnya.

Nur Risteena

Artikel Lain