“Tengok keadaan, kalau ada... adalah” - Bekas isteri PU Abu jawab tentang nak rujuk - Hiburan | mStar

“Tengok keadaan, kalau ada... adalah” - Bekas isteri PU Abu jawab tentang nak rujuk

Ain akan mempertimbangkan untuk menerima bekas suami sekiranya PU Abu berhasrat untuk rujuk.

BEKAS isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain 'Afini Latif kelihatan tenang melayan pelbagai pertanyaan netizen termasuk sama ada dia bersedia menerima semula pendakwah itu sebagai suami.

Menurut Ain 'Afini, 23, dia akan mempertimbangkan mengenai perkara itu namun reda sekiranya ia tidak berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baby tak aktif perkara biasa” - PU Abu salahkan netizen suka kecam hingga bekas isteri tertekan

ARTIKEL BERKAITAN: "Keluarga mentua saya sangat baik, jangan salahkan mereka" - Bekas isteri PU Abu

"Tengok keadaan insyaAllah... tengok keadaan macam mana.

"Saya tak berani nak cakap mengenai perkara ini kerana kita tak boleh nak rancang.

"Kalau ada, ada.... kalau tiada, tak mengapa," katanya.

Afini mesra melayan soalan dari peminatnya.

Ain 'Afini berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan salah seorang netizen sekiranya bekas suaminya itu meminta untuk rujuk semula menerusi penstriman secara live di Instagram bersama Umma.my pada Rabu.

Sementara itu, Ain 'Afini menafikan dakwaan kononnya dia tertekan dengan kata-kata netizen seperti yang didakwa PU Abu sebelum ini.

Menurut pelajar semester enam Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini lagi, dia sebaliknya berasa tertekan dengan kata-kata yang dikeluarkan individu yang rapat dengannya.

"Sebenarnya saya bukan stress dengan netizen pun... mereka banyak beri kata-kata semangat.

"Tapi saya banyak terasa dengan orang sekeliling. Biasalah apabila dengan orang sekeliling mereka paling banyak mengeluarkan perkataan.

"Jadi saya cepat terasa... tapi sebenarnya tiada apa pun. Saya okay sahaja," katanya.

Ain Afini dan PU Abu berkenalan dalam tempoh dua bulan sebelum mengikat tali pertunangan dan bernikah enam bulan kemudian.

Menerusi penstriman live itu juga Ain dilihat mesra melayan soalan daripada orang ramai.

Bagaimanapun ketika disoal mengenai pandangan peribadinya terhadap golongan perampas, Ain enggan mengulas perkara itu.

Dalam pada itu, Ain 'Afini juga memaklumkan dia reda di atas kemelut rumah tangga yang melanda dirinya sebelum ini dan menganggap PU Abu sekadar pinjaman.

"Saya selalu join volunteer dan event luar. Ketika itulah saya berkenalan dengan PU Abu yang hadir sebagai penceramah. Kami kenal selama dua bulan kemudian mengikat tali pertunangan pada Februari dan bernikah enam bulan selepas itu.

"Kalau ikutkan setiap orang akan down jika berdepan apa yang saya lalui. Saya juga begitu pada awalnya. Tapi lama-lama apabila kita ubah cara berfikir dan cara melihat situasi ini, kita akan nampak hikmah lebih besar yang Allah nak tunjuk.

"Adat seorang peminjam, setiap apa yang diberi perlu dipulang semula kepadaNya," katanya.

Ain enggan mengulas mengenai perampas sebaliknya menganggap PU Abu sebagai pinjaman sementara dari Allah.

Ain turut menjelaskan hubungan dia bersama PU Abu berada dalam keadaan baik dan mereka tidak bermusuhan.

"PU Abu ada menghubungi dan dia bertanyakan berkenaan anak. Hubungan kami baik-baik sahaja.

"Kedua-dua kami tidak bermusuhan pun... malah saya dengan keluarga mertua juga tiada masalah," katanya.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain