"Keluarga mentua saya sangat baik, jangan salahkan mereka" - Bekas isteri PU Abu - Sensasi | mStar

"Keluarga mentua saya sangat baik, jangan salahkan mereka" - Bekas isteri PU Abu

Ain bersimpati terhadap keluarga bekas mertua yang menerima kecaman gara-gara isu rumah tanggannya dengan PU Abu.

KEMARAHAN netizen terhadap kisah rumah tangga Pencentus Ummah (PU) Abu Sufyan dilihat makin keterlaluan apabila ada daripada mereka turut mengaitkan ibu bapa pendakwah itu dalam isu berkenaan.

Susulan itu bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini tampil menyatakan rasa simpati kepada keluarga mentuanya gara-gara diheret sama dalam kontroversi tersebut.

Ujar Ain Afini, tidak ada keluarga yang mahu melihat wujudnya masalah dalam kalangan mereka.

"Saya mempunyai keluarga mentua yang sangat baik. Mungkin saya kekurangan daripada satu sudut, tapi Allah beri yang lebih baik di sudut lain.

ARTIKEL BERKAITAN: "Barang baby dah beli? Jangan sibuk dengan janda saja" - PU Abu pun jawab ‘Okey’

ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan mereka, anda akan lebih tenang”- Bekas isteri, PU Abu masih tunggu ‘green light’ bapa


PU Abu memuat naik paparan skrin mesej netizen yang menghina arwah ibunya.

"Bapa mentua terbaik, kakak abang ipar terbaik, orang yang sentiasa ada. Tak ada keluarga yang nak keburukan wujud dalam kalangan mereka tapi kita kan hanya mampu merancang?

"Terutama mak ayah, mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak buat silap, wajar ke yang dipersalahkan itu mak ayah sedangkan mereka semestimnya jalankan tanggungjawab menasihati anak-anaknya," katanya.

Ain menyatakan isi hatinya menerusi Instastory selepas PU Abu memuat naik paparan skrin mesej netizen yang menghina ibunya atas kesilapan yang dia lakukan.

Tambah Ain, adalah tidak wajar untuk menyalahkan pihak lain atas kesalahan yan tidak dilakukan mereka.

"Isu ibu bapa ini sensitif. Macam mana kita sedih orang cakap fasal ibu bapa kita, jadi usahalah libatkan mereka dalam kesalahan kita atau orang lain.

"Terutama ibu bapa yang dah tak ada. Jangan dikaitkan. Kesalahan individu hanyalah pada individu itu. Jangan menyalahkan individu yang dah tak ada atau tiada kaitan.

"Yang buruk tinggalkan, yang baik jadikan tauladan," ujarnya.

PU Abu mengakui semua yang terjadi atas kesalahan diri sendiri bukan disebabkan ibu bapanya.

Dalam pada itu, PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi meluahkan rasa kecewa apabila arwah ibunya dihina.

"Mak aku tak bersalah. Segala yang berlaku semua atas silap aku," katanya menerusi Instastory.

Isu rumah tangga PU Abu mula diperkatakan apabila Ain mendedahkan pendakwah itu menceraikannya ketika sarang mengandung disebabkan kehadiran orang ketiga.

Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Selain itu, Ain juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.

Menerusi pertemuan eksklusif mStar dengan PU Abu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 April lalu, pendakwah hanya mengeluarkan kenyataan selepas mendapat kebenaran bapanya.

PU Abu , Ain Afini , Hana Azraa

Artikel Lain