Doa berkahwin tahun ini termakbul, Nelydia bawa suami tunai Umrah - Hiburan | mStar

Doa berkahwin tahun ini termakbul, Nelydia bawa suami tunai Umrah

Nelydia menunaikan ibadah Umrah bersama suami buat pertama kali tahun ini.

PELAKON Nelydia Senrose berkongsi khabar gembira apabila berpeluang menunaikan ibadah Umrah bersama suaminya Mohd Hafez Halimi. 

Menurut pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu, dia bersama suami dan kakaknya yang juga pelakon, Uqasha Senrose berangkat ke kota suci Makkah pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika doa dimakbulkan, InsyaAllah kahwin tahun ini” - Nelydia Senrose

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose selamat bergelar isteri ahli perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha sedih Nelydia dah kahwin, kenang peristiwa kena marah bulan puasa

"Assalamualaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini dan kali ini bersama suami serta kakak saya.

"Dengan ini saya memohan maaf di atas segala kesilapan diri ini pada yang mengenali saya secara dekat mahupun tidak. Doa kan segala urusan saya di permudahkan dan saya akan doakan kalian juga di sana InsyaAllah," katanya.

Nelydia menunaikan ibadah Umrah bersama suami.

Nelydia berkongsi perkara itu sementara menanti penerbangannya ke Makkah dengan membuat posting di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Pada Disember 2018, pelakon Cinta Tiada Ganti itu menunaikan ibadah Umrah bersama keluarganya.

Nelydia turut berkongsi salah satu doa adalah dipermudahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Nelydia selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, pada 6 April lalu.

Pasangan itu dinikahkan bapa kepada Nelydia iaitu Nik Sen Mat Rifin di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Nelydia Senrose , Uqasha Senrose

Artikel Lain