“Jika doa dimakbulkan, InsyaAllah kahwin tahun ini” - Nelydia Senrose

PELAKON Nelydia Senrose memberitahu salah satu doa ketika menunaikan umrah di Makkah baru-baru ini adalah dipermudahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen%2S 24, berkata, dia berdoakan agar diberi petunjuk dalam setiap keputusan yang bakal diambil untuk berkahwin pada tahun ini.

"Kalau doa saya dimakbulkan Insya-Allah saya ingin berkahwin tahun ini, saya berdoa agar dipermudahkan urusan tersebut kalau ia betul dan kalau bukan jodoh juga saya minta dipermudahkan.

"Selepas balik ini pun masih berdoa diberikan petunjuk itu,” ujarnya kepada mStar Online. 

ARTIKEL BERKAITAN:Ahli Perniagaan Pantai Timur Beri Cincin Kepada Nelydia

Nelydia berharap niat berkahwin tahun ini dipermudahkan.

Nelydia menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya selama dua minggu sejak 26 Disember lalu.

Pelakon drama Cinta Tiada Ganti ini menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada April tahun 2018. 

Nelydia berkata, perancangan untuk menamatkan zaman solo pada penghujung tahun lalu tidak kesampaian berikutan jadual kerja yang padat.

"Sepatutnya kami rancang untuk berkahwin hujung tahun lalu tapi mungkin belum masa lagi sebab itu tak jadi.

"Tahun lalu jadual sibuk dengan penggambaran drama," ujarnya.

Sementara itu, Nelydia berkata, dia tidak mahu berkongsi lanjut tentang perkara itu selagi belum benar-benar pasti.

Katanya, dia akan mendedahkan tarikh perkahwinannya kepada umum jika sudah membuat persiapan sebanyak 80 peratus.

"Saya belajar daripada pengalaman sebelum ini dan sebab itu saya tidak mahu berkongsi banyak selagi ia belum pasti.

"Saya takut bila orang bercakap dan bertanya tentang itu menjadikan saya tertekan. Insya-Allah tahun ini dan saya akan beritahu nanti," ujarnya.

Nelydia Senrose

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

Malaysia catat 9 kes positif Covid-19