suria

Ahli perniagaan Pantai Timur beri Nelydia cincin itu

Nelydia Senrose sebelum ini pernah bercinta dengan Qi Razali.

SHAH ALAM: Pelakon Nelydia Senrose mengakui foto cincin yang dimuat naik di laman sosial miliknya baru-baru ini adalah pemberian kekasih baharunya.

Bagaimanapun, Nelydia menafikan, dia sudah dirisik atau bertunang dengan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz itu.

“Cincin itu pemberian seseorang tapi saya belum dirisik atau bertunang lagi.

“Saya dan dia masih dalam fasa berkenalan, hubungan kami masih baru tapi sudah tentu saya mengharapkan pengakhiran yang baik,” ujarnya kepada mStar Online.

Adik kepada Uqasha Senrose ini ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Starvilion di Royale Palace, di sini, Khamis.

Nelydia sebelum ini berkongsi foto cincin dan memuat naik kapsyen mengambarkan kini sedang melalui fasa bahagia.

Sementara itu, mengulas tentang lelaki berkenaan, Nelydia berkata, dia mengenali Hafiz menerusi seorang rakan.

“Kami berkenalan baru beberapa bulan daripada rakan-rakan tapi bukan Jejai (bekas suami Fasha Sandha) yang kenalkan.

“Sebagai wanita saya sudah bersedia untuk berkahwin kerana saya bukan seorang yang main-main dalam sebuah hubungan. Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya status lelaki berkenaan yang didakwa bergelar jutawan, Nelydia berkata dia tidak tahu tentang perkara itu.

Katanya, Hafiz merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur.

“Dia jutawan atau tidak saya tidak tahu kerana saya tidak pernah cek akaun bank dia. Dia seorang ahli perniagaan yang dibesarkan di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Nelydia Senrose

Artikel Lain