suria

Masalah kesihatan, Mak Engku tarik diri episod 9 drama 'Curi-Curi Cinta'

Watak Mak Long Sapiah lakonan Ku Fridah akan digantikan oleh aktres Laila Nasir.

DRAMATIS Ku Fridah Ku Shafie atau lebih mesra disapa Mak Engku memaklumkan tidak dapat meneruskan penggambaran drama Curi-Curi Cinta atas faktor kesihatan yang dialaminya.

Ku Fridah menerusi sebuah video turut memaklumkan watak Mak Long Sapiah yang dibawakan menerusi drama itu juga diganti oleh pelakon drama Nur iaitu Laila Nasir bermula episod sembilan malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama Mak Engku dimasukkan ke ICU

"Assalamulaikum kepada semua, pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada peminat dan penonton drama Curi-Curi Cinta kerana selepas ini anda tidak akan dapat melihat saya dalam drama ini.

"Saya menarik diri atas sebab kesihatan seperti semua yang tahu saya kurang sihat semasa menjalani pengambaran drama ini. Kini Alhamdulillah, saya sudah pulih. Saya berharap sangat kepada semua penonton drama ini sentiasa memberi sokongan dengan watak Mak Long Sapiah yang digantikan oleh Laila Nasir.

"Kepada Laila saya mengucapkan syabas dan jangan berputus ada kerana saya tahu anda boleh membawakan watak ini dan teruskan perjuangan," katanya.

Watak Mak Long Sapiah digantikan oleh Laila Nasir.

Perkara itu dimaklumkan Ku Fridah menerusi sebuah video yang dimuatnaik barisan pelakon drama itu di laman Instagram pada Selasa.

Drama Curi-Curi Cinta menampilkan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Redza, ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria & Ria HD.

Terdahulu, Ku Fridah pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, Selangor akibat terkena jangkitan kuman dalam paru-paru serta darah.

View this post on Instagram

Harap semua maklum. Atas faktor kesihatan, watak Mak Long Sapiah lakonan Ku Fridah akan dilakonkan oleh Laila Nasir mulai episod malam ni. Marilah sama-sama doakan kesejahteraan kesihatan Ku Fridah. Jangan lupa saksikan Curi-Curi Cinta setiap Isnin-Khamis, 10 malam di Astro Ria & Ria HD. #CuriCuriCinta ISNIN - KHAMIS | 10.00 MALAM | ASTRO RIA DAN RIA HD OST - TERLALU MEMUJA @wanyhasrita DIBINTANGI @zahirahmacwilson @aimanhakimridza @fauziahnawi @talhaharith @uyainaarshad @adm.lee @melaniectn @kenjisawahii @kufridahkushafie @lailanasirofficial @kakgirlsebenar @pabloamirul @izzueislam @haneesyahanee @azrisabrii @aizatiishak @zalfazin @farishairwayuofficial ADAPTASI NOVEL @sitirosmizahsemail ARAHAN @udean53 PENULIS SKRIP @rehalnuharis TERBITAN BERSAMA @dearcreativemedia TERBITAN @sronesdnbhd @bambam_studios @riaxtra #curicuricinta #tiadabahagiatanparestu #astroria #dearcreativemedia #sronesdnbhd

A post shared by Talha Harith (@talhaharith) on

Artikel Lain