Percintaan tiga tahun Lia Natalia dan kekasih pernah diganggu orang ketiga - Hiburan | mStar

Percintaan tiga tahun Lia Natalia dan kekasih pernah diganggu orang ketiga

Bagi Lia, sudah menjadi lumrah apabila hubungan cinta pasangan kekasih diganggu orang ketiga.

PELAKON Lia Natalia mengakui hubungan cintanya yang terjalin sepanjang tiga tahun dengan jejaka yang dikenali sebagai Azizi pernah diganggu orang ketiga.

Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 27, berkata dia bagaimanapun menganggap perkara itu sudah menjadi lumrah dalam setiap hubungan pasangan kekasih.

Menurut Lia, perkara yang penting dalam sesebuah hubungan itu adalah perlu saling mempercayai satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Popular tapi tiada 'job' pun tak guna - Lia Natalia syukur rezeki murah walaupun masih 'sendu'


Lia dan kekasih saling mempercayai satu sama lain.

"Benda tu adalah perkara biasa dan memang ada yang kacau saya dan dia. Tapi bagi saya, semua tu terletak pada diri sendiri.

"Sama ada kita nak melayan atau tidak. Alhamdulillah, saya dan dia saling mempercayai. Itu sahaja yang penting.

"Walaupun pasangan yang sudah berkahwin pun boleh bercerai. Jadi, apa-apa pun paling penting kena saling percaya satu sama lain," kata Lia kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini memberitahu dia sudah meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usianya 30 tahun.

Lia sasaran kahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun.

Kata Lia, dia akan tidak akan merahsiakan soal perkahwinannya dan akan berkongsi berita baik itu jika semuanya sudah ditetapkan.

"Kami ada membuat perancangan ke arah itu, Insya-Allah tapi tak tahu lagi. Saya memang dah letak sasaran untuk kahwin sebelum usia 30 tahun.

"Sebenarnya bukan saya tak nak bercerita tapi biarlah tunggu semua dah ditetapkan. Tapi memang saya janji akan kongsi berita gembira itu," ujarnya.

Lia Natalia

Artikel Lain