Persetujuan luar mahkamah, Linda Rafar diminta buat permohonan maaf - Hiburan | mStar

Persetujuan luar mahkamah, Linda Rafar diminta buat permohonan maaf

Dr Rusyainie mendedahkan Linda dikhabarkan perlu membayar ganti rugi dan memohon maaf kepada jururawat yang difitnah selebriti itu.

ISU pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat akhirnya selesai dengan kemenangan berpihak kepada jururawat terlibat selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Menerusi Facebook seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli, dia mengucapkan tahniah kepada badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) atas usaha membela nasib jururawat tersebut.

Malah, Rusyainie juga mendakwa anggota kumpulan Elite itu dikhabarkan perlu membuat bayaran ganti rugi dan juga membuat permohonan maaf kepada jururawat terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kes selesai cara baik, tiada siapa kalah atau menang”- Linda Rafar tak perlu bayar ganti rugi seperti didakwa

ARTIKEL BERKAITAN: “Walaupun tindakan telah diambil tapi hati saya tidak tenang”- Linda Rafar mohon maaf kepada netizen  

ARTIKEL BERKAITAN: DON mahu saman malu Linda Rafar kerana didakwa fitnah jururawat

Kenyataan Rusyainie dan DON yang dimuat naik di FB.

"Tahniah DON yang bertindak menjadi pemudahcara untuk seorang jururawat yang difitnah oleh seorang selebriti.

"Akhirnya ia selesai dengan kemenangan berpihak pada jururawat tu setelah persetujuan luar mahkamah dicapai. 

"Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yang paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pada jururawat tu," tulisnya.

Rusyainie memuat naik kenyataan rasmi  badan bukan kerajaan itu yang memaklumkan kes berkaitan selebriti tersebut dan jururawat akhirnya telah selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Linda membuat permohonan maaf kepada netizen di laman sosial.

Menerusi laman Instagram Linda ada membuat permohonan maaf berhubung isu buli siber sehingga dia mengambil tindakan undang-undang kepada lebih 100 netizen pada Khamis.

Bagaimanapun menurut Rusyainie, dia menganggap selebriti itu masih mempunyai ego setinggi langit apabila membuat permohonan maaf tanpa menyebut spesifik pada jururawat yang difitnah.

"Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang difitnahnya!

"Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif," ujarnya.

Saya harap DON memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah.

Rusyainie Ramli

Doktor

Dalam pada itu, Rusyainie berharap pihak DON memandang serius cara Linda mohon maaf disebabkan selebriti itu seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

"Saya harap DON memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah.

"Semoga jururawat tu menolaknya juga dan meminta selebriti tu tulis balik permohonan maaf dengan betul. Dah salah, mengaku la ya," katanya.

Isu antara Linda dan jururawat bermula apabila selebriti itu melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu.

Susulan insiden itu, pihak Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.

Linda Rafar , Jururawat , Doktor

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal