“Aku tak faham kenapa kencing dalam lif?”- Haneesya Hanee berang perangai segelintir penduduk PPR - Hiburan | mStar

“Aku tak faham kenapa kencing dalam lif?”- Haneesya Hanee berang perangai segelintir penduduk PPR

Haneesya jijik dengan perangai individu tidak bertanggungjawab kencing dalam lif. Foto Instagram: @haneesyahanee.

PELAKON Haneesya Hanee berang apabila terpaksa menahan bau hancing di dalam lif kediamannya akibat tindakan individu tidak bertanggungjawab.

Haneesya atau nama sebenarnya Haneesya Sayed Sahlan, 18, berkata dia tidak faham mengapa ada orang sanggup membuang air kecil dalam lif awam yang digunakan oleh orang ramai.

Dia yang tinggal di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) perlu menahan nafas kerana bau yang kurang menyenangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesta arak... Haneesya Hanee mengaku salah, gelaran juara Dewi Remaja dilucutkan


Haneesya memuat naik foto keadaan dalam lif dan kamera litar tertutup dalam Twitter.

"Wei aku sebenarnya duduk rumah PPR saja. Tapi aku paling pantang bila naik lif macam ini.

"Aku sumpah tak faham kenapa nak kencing dalam lif. Kotor dan busuk. Dari tingkat atas nak sampai bawah aku kena tahan nafas.

"Kadang-kadang terpaksa la bau kencing ni," tulis Haneesya yang juga bekas juara program Dewi Remaja 2018/2019.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dan meminta pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan rumah tersebut.

Haneesya minta penduduk kawasan rumahnya untuk tidak melakukan perkara yang sama.

Haneesya bagaimanapun memberitahu sudah ramai penduduk di rumah tersebut membuat anduan namun masih tiada tindakan.

Malah, biarpun kawasan tersebut mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) namun ia seakan tidak berfungsi.

"Yang lagi aku tak faham, ada CCTV tapi macam tak berfungsi. Buat aduan? Rasanya dah ramai buat aduan.

"Tolong la jangan kencing dalam lif," ujarnya.

Haneesya Hanee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain