Bakal nikah waktu terdekat, Fasha Sandha sedih nak tinggalkan gelaran janda - Hiburan | mStar

Bakal nikah waktu terdekat, Fasha Sandha sedih nak tinggalkan gelaran janda

Fasha Sandha dan Aidil bakal bernikah dalam waktu terdekat.

PELAKON Fasha Sandha menjelaskan timbul rasa sedih untuk dia meninggalkan gelaran janda yang sudah digalasnya lebih empat tahun.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, berkata dia berbangga dapat menggalas tugas membawa gelaran itu dengan baik selama ini.

“Tidak ramai orang beranggapan baik terhadap status janda, namun pada saya ia melambangkan kekuatan seorang wanita atau ibu tunggal.

“Alhamdulillah saya berjaya menggalas status berkenaan dengan baik, sejujurnya kini saya bersedia untuk meninggalkan ‘kelab ibu tunggal’ yang telah saya sertai bersama beberapa rakan artis sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha sangat gembira majlis kahwin nak buat cara kampung - Aidil Aziz

Fasha, 35, ditemui pada majlis berinai bersama bakal suaminya, pelakon Aidil Aziz bertempat di The Love, Matic, Kuala Lumpur pada Rabu malam.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah beberapa rakan artis antaranya Siti Elizad, Eyka Farhana, Datin Eina Azman, Nazia Mustafar, Amelina, Ippo Hafiz dan Jasmin Hamid

Dalam pada itu, pasangan ini masih enggan mendedahkan tarikh perkahwinan mereka namun membayangkan ia akan diadakan sekitar penghujung bulan ini.

Fasha Sandha dan Aidil Aziz pada majlis berinai.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang kami bakal disatukan sekitar penghujung bulan ini, namun kami mengambil keputusan untuk menghebahkan pernikahan kami selepas selamat diijabkabulkan.

“Kami berbuat demikian kerana majlis yang bakal diadakan ialah majlis tertutup dan ia sekadar majlis sederhana buat sanak saudara terdekat, jumlah hantaran dan mas kahwin turut akan diumumkan selepas semuanya selesai kelak,” tambah Fasha.

Fasha dan Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 32, bertunang pada 18 November 2018 dalam satu majlis sederhana di Ampang, Selangor.

Sementara itu, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini memberitahu dia dan bakal suami akan berbulan madu di Pulau Langkawi selepas perahwinan nanti.

“Buat masa ini kami hanya merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi kerana kepadatan tugasan yang perlu disambung selepas pernikahan," kata Fasha.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia 5 tahun.

Aidil Aziz , Fasha Sandha

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain