suria

Nonny Nadirah tidak pernah kata sihir pemisah punca dia bercerai

Nonny tidak pernah mengiya atau menidakkan mengenai sihir pemisah adalah punca perceraiannya.

PELAKON Nonny Nadirah menjelaskan dia tidak pernah memberi apa-apa pandangan mengenai sihir pemisah kononnya menjadi punca perceraiannya dengan suami.

Menurut Nonny, 30, dia hanya berkongsi mengenai kewujudan sihir bahaya itu selepas menghadiri jemputan ke program Sila Duduk Jangan Lari bersama Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali baru-baru ini.

Malah, Nonny turut menegaskan tidak perlu untuk melakukan kerja Allah sekiranya perkara itu benar dan lebih baik muhasabah diri untuk menjadi terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencabarnya nak pakai tudung namun Nonny berusaha untuk berubah


Nonny menjelaskan mengenai isu sihir pemisah itu di laman sosialnya.

"Saya hanya berkongsi cerita tentang sihir pemisah itu wujud dan sihir itu juga adalah sihir yang paling berbahaya kepada media selepas saya menghadiri jemputan ke program Sila Duduk Jangan Lari bersama Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali.

"Akan tetapi saya TIDAK ADA mengiyakan hubungan saya dengan bekas suami berpunca dari masalah tersebut.

"Sekalipun benar biarlah Allah buat kerja dia, jangan kita buat kerja Allah. Jaga diri, jaga akhlak dan muhasabah diri utk menjadi yg terbaik," katanya.

Pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin ini menjelaskan perkara itu menerusi laman Instagram selepas artikel sebuah portal hiburan yang mengatakan sihir pemisah punca perceraiannya.

Cukup berkenaan dengan sihir dan saya dah penat dengan semua ini. Bagilah saya rehat sekejap dari masalah dunia ni.

NONNY NADIRAH

PELAKON

Dalam pada itu, Nonny meminta semua pihak berhenti manipulasi semua perkara kerana sudah penat dengan masalah itu.

"Berhenti memanipulasikan semua perkara. Cukup berkenaan dengan sihir dan saya dah penat dengan semua ini. Bagilah saya rehat sekejap dari masalah dunia ni," katanya.

Pelakon yang popular menerusi drama Istikharah Cinta itu dan bekas suaminya mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung pada Oktober tahun lalu.

Nonny dan Mohamed Mustain Mohamed Adnan mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah, selepas sembilan tahun berkenalan.

Nonny Nadirah

Artikel Lain