Anak gadis suka melawa, Abby Abadi tiada masalah tapi perlu beringat

Anak gadis hasil perkahwinan Abby dan Norman iaitu Marissan mula menjadi perhatian di laman sosial.

ANAK perempuan pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim sentiasa menjadi perhatian di laman sosial.

Perwatakan Marissa yang sopan dan lemah lembut itu membuatkan dia kelihatan lebih matang dari usia sehingga mendapat pujian netizen.

Sebagai seorang ibu, Abby, 42, menasihati anak keduanya yang kini berusia 14 tahun itu untuk memilih kawan yang positif dan tidak merosakkannya dengan pengaruh tidak baik.

"Cantik lawa manis mama @marissadaniaaaaa_. Dah besar, dah 14 tahun umurnya dan dah suka melawa. Mama tak ada masalah untuk itu semua. Asalkan selalu beringat.

ARTIKEL BERKIATAN: Abby Abadi kongsi rahsia jalin hubungan baik bersama Norman, Memey


Nasihat Abby buat anak perempuannya.

"Apa nak buat pun biar berpada-pada ya sayang. Umur macam ni memang dah patut pilih kawan. Kawan-kawan yang positif dan tak merosakkan dengan pengaruh yang bukan-bukan.

"Kawan kita baik, baiklah kita. Kalau sebaliknya, sedikit sebanyak akan mempengaruhi juga. Sebab tu Mama kata begini," ujarnya menerusi laman Instagram.

Abby yang kini sedang menikmati percutian bersama keluarga di Pulau Redang, Terengganu itu turut memuat naik foto anaknya di laman sosialnya.

Sebelum ini Marissa Dania mula viral di laman sosial selepas seorang individu berkongsi beberapa keping gambarnya di twitter pada Februari tahun lalu.

Dalam pada itu, pelakon Gerak Khas itu berharap anaknya memahami dan beringat dalam setiap langkah yang dipilih sebelum menyesal di kemudian hari.

Norman, Memey, Abby dan suami Jaiezzany bersama Marissa.

"Harap Adik faham dan selalulah beringat dalam setiap tindakan. Berfikir dulu nak buat apa-apa pun. Terutama bila diajak kawan-kawan nanti bila buat benda tak elok Kawan-kawan busuk semua tentu nak melepaskan diri.

"Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian dah tak berguna lagi ok adik sayang. Semat dalam hati pesan mama ni tau. Cari kawan-kawan yang wangi ok. Love you Lillah," ujaarnya.

Abby atau Arbaiyah Abd Manan dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 Disember 2008.

Selain Marissa, Abby dan Norman juga mempunyai dua cahaya mata bernama Mohammed Danish Hakim, 16, dan Maria Danisha Hakim, 11. 

Kini Abby bahagia bersama suaminya Muhammad Faizal Zakaria atau Jaiezzany manakala Norman pula bersama pelakon Memey Suhaiza.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain