Ibu Linda Rafar meninggal dunia

Ibu Linda Rafar dan Diana Rafar meninggal dunia pada malam, Jumaat.

IBU kepada selebriti Linda Rafar dan Diana Rafar iaitu Rasimah Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.50 malam, Jumaat.

Beberapa jam sebelum kematian ibunya, Linda berkongsi kisah Allahyarham berada di rumah pada sebelah pagi namun dimasukkan ke hospital semula pada waktu malam kerana kesihatannya merosot.

“Pagi tadi di rumah, sekarang dia tengah berlawan untuk hidup di hospital. Tolong ringankan segalanya ya Allah. Tolong dia hilangkan kesakitannya. Semua berlaku denga pantas,” tulisnya.

Selang beberapa jam berkongsi posting itu, si ibu yang berusia 74 tahun akhirnya menghembuskan nafas terakhir dan Linda memohon agar Allah  mengampuni dosanya dan jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal ibunya itu.

“Al Fatihah sayang mak. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakan lah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

“Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Sebelum ini, Rahimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama kerana gigitan serangga dan menjalani pembedahan akibat jangkitan.

Minggu sebelum itu, arwah pernah mengadu sakit pada bahagian tangan kiri sebelum doktor memberitahu jangkitan kuman sudah merebak ke dalam darah.

Pada 12 Disember tahun lalu, tangan kiri arwah terpaksa dipotong akibat komplikasi berkenaan kerana ia sudah merebak ke dalam darah.

Jenazah ditempatkan di kediaman Linda di D'Kayangan Shah Alam sementara solat jenazah akan diadakan di surau berhampiran pada pagi Sabtu dan dijangka dikebumikan selepas itu di Seksyen 21, Shah Alam.

Selain Linda, keluarga Rafar lain yang turut terlibat dalam dunia seni antaranya Diana, Anita dan Aliza.

Allahyarham mempunyai enam orang anak dan 17 cucu serta 3 orang cicit.

Ibu, Linda Rafar

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain