Selepas seminggu, Awie keluar hospital tanpa mengetahui penyakit dialaminya - Hiburan | mStar

Selepas seminggu, Awie keluar hospital tanpa mengetahui penyakit dialaminya

Marilah kita doakan agar Awie diberi kesembuhan dan Allah mudahkan urusannya. Foto Ihsan MHE.TV

KIRA-KIRA seminggu mendapatkan rawatan, vokalis Wings iaitu Datuk Awie akhirnya dibenarkan keluar hospital tanpa mengetahui apakah sebenar penyakit dialaminya.

Awie berkata, doktor yang membuat rawatan telah berusaha pelbagai cara dan mendapati keadaan dirinya sihat namun gagal mengesan sebarang penyakit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beliau sangat lembut hati dan baik orangnya” - Ustaz Ebit Lew kagum sifat Awie ketika ziarahnya di hospital

“Doktor kata saya sihat, tak ada penyakit… jadi hari ni (Khamis) saya dibenarkan keluar,” katanya kepada mStar Online.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Ampang Puteri minggu lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Ketika ditemui dia kelihatan lemah kerana pengaruh ubat selain agak keletihan menerima kunjungan tetamu.

Awie dimasukkan ke hospital selama seminggu.

Awie berkata, berikutan itu dia bercadang untuk melakukan usaha lain iaitu kaedah alternatif yang mungkin dapat menyelesaikan masalah sakit misterinya itu.

Tambah Awie, dia reda dengan apa yang berlaku selain menganggap ia sebahagian daripada ujian Allah.

“Ini semua mungkin Allah nak uji dan saya reda,” ujarnya ringkas yang mengharapkan doa daripada orang ramai.

Berikutan masalah dihadapinya itu, Awie terpaksa membatalkan beberapa persembahan pentas termasuklah pada acara di Pesta Pulau Pinang.

Pada 18 November lalu, beliau buat pertama kalinya mengerjakan umrah di Makkah dan bersyukur kerana urusan ibadah itu berjalan dengan baik.

Awie

Artikel Lain

Hamidin dipilih presiden MFL baharu