Mana-mana wanita ‘termengandung’ dan tak nak ‘baby’ carilah Abby Abadi - Hiburan | mStar

Mana-mana wanita ‘termengandung’ dan tak nak ‘baby’ carilah Abby Abadi

Abby dan suami, Muhammad Faizal bersama dua anak angkat mereka iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia. Foto Instagram @abby_abadi112

PELAKON Abby Abadi merayu kepada mana-mana wanita yang terfikir untuk membuang bayi mereka akibat terlanjur agar tidak berbuat demikian sebaliknya boleh menghubunginya.

Abby berkata, dia sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga bayi yang tidak dimahukan selain membantu mencari keluarga angkat untuk mereka.

"Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby, sahabat!

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi ambil anak angkat lagi, ‘baby girl’

"Saya usaha beri kehidupan yang terbaik untuk baby ini dengan mencarikan ibu-bapa yang sudi nak menjaga dia... Kenapa buang macam ini?

"Tolong, adik, kakak, makcik... Kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Saya usahakan duit belanja untuk perbaiki keadaan juga... Please!," katanya di Instagram.

Abby terkesan dengan berita terbaharu pembuangan seorang bayi di sebuah surau pada Ahad.

Abby memuat naik status itu selepas terkesan dengan laporan mengenai kes penemuan seorang bayi yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak di sebuah surau di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Pada Jun lalu, Abby dan suami, Muhammad Faizal mengambil seorang anak angkat lelaki, Muhammad Daiyan Fayyadh.

Pasangan itu kemudiannya mengambil seorang lagi anak angkat perempuan, Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.

Abby mempunyai tiga cahaya mata lain hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Abby Abadi

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak