suria

Ramai lagi lelaki di luar sana, jangan jadi perosak rumah tangga orang - Mia Ahmad

Mia tidak tolaransi dengan perosak rumah tangga.

PELAKON Mia Ahmad yang sebelum ini pernah mendedahkan masalah rumah tangganya mempersoalkan tindakan segelintir wanita yang sanggup menganggu suami orang.

Menurut Mia atau nama sebenar Samihah Ahmad Baderi, 30, masih ramai lagi lelaki di luar sana yang belum berpunya.

“Wahai perosak rumah tangga, kenapa...? There’s so many fish in the sea. (Ramai lagi lelaki di luar sana),” ujarnya di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Girl… Dah takda lelaki bujang dah ke, sampai nak kacau suami orang?” - Belum lepas pantang, rumah tangga Elvina diuji

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Mia Ahmad diuji, suami dituduh curang

Status Mia di laman sosial miliknya pada malam Rabu.

Mia juga berkata, dia tidak boleh boleh bertolak ansur dengan apa yang berlaku terutama ketika isteri masih dalam proses berpantang.

"Saya mungkin tidak tahu apa yang berlaku tapi saya tidak bertolaransi dengan apabila ia berlaku ketika tempoh wanita berpantang,” ujarnya.

Mia mengulas tentang berita berkaitan rumah tangga aktres Elvina Mohamad yang didakwa diganggu wanita lain ketika sedang berpantang anak pertamanya.

Pada Oktober lalu, rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan Mohd Izham Tarmizi Roslan diuji ketika dia sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka.

Mia berkahwin dengan Izham pada 13 Januari 2017.

Namun penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu tegas menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

Mia menerusi Instagram memuat naik entri yang memberi gambaran seolah-olah perkahwinannya dengan Izham sedang dilanda masalah.

Pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu turut bertindak memadam semua gambar suaminya daripada laman sosial itu.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Mia Ahmad, Elvina Mohamad

Artikel Lain