suria

Sedar dompet isteri hilang selepas dapat mesej di Instagram - Azwan Kombos

Azwan berterima kasih kepada individu pulangkan dompet isterinya.

PELAKON Azwan Kombos berterima kasih kepada individu yang bersikap jujur dan memulangkan semula beg duit milik isterinya Ezzaty Abdullah selepas ia tercicir di sebuah pusat beli-belah pada Rabu lalu.

Azwan berkata, dia menyedari perkara itu selepas mendapat mesej peribadi di Instagram daripada seorang wanita.

"Semalam sudah sampai rumah masih tidak perasan dompet tiada, kami sedar selepas ada orang mesej di Instagram.


Azwan dan isteri sedar selemat diberitahu seorang wanita di Instagram.

"Selalu kalau barang hilang lebih-lebih lagi dompet memang susah nak dapat balik, lagi-lagi beg tu berjenama," ujarnya kepada mStar Online.

Azwan berkata, dia bersyukur masih ada lagi orang yang jujur dan bertanggungjawab serta menyimpan barang peribadi milik isterinya itu dengan baik.

"Terima kasih sebab simpankan dompet itu dengan baik. Dia juga tak usik apa pun pulangkan dalam keadaan yang asal," ujarnya.

Azwan Kombos

Artikel Lain