suria

Mat Rock tak suka imej Lan Solo

Lan akui selesa dengan imej baharunya.

BEKAS vokalis kumpulan Kristal iaitu Lan Solo berkata ada segelintir peminat yang tidak suka dengan penampilan baharunya selepas dia bergerak secara solo.

Lan atau nama sebenarnya Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata, imejnya kini tidak digemari oleh peminat-peminat genre rock seperti yang dibawanya dahulu.

"Apa yang saya nampak selepas setahun saya bergerak solo, 85 peratus peminat masih kekal dan tidak dinafikan penampilan saya begini tidak disukai oleh 'mat rock' (peminat rock).

"Tapi mereka tidak tahu mengapa saya perlu berimej begini. Buat amsa sekarang saya perlu bawa imej Lan Solo agar mereka dapat bezakan saya yang dulu dan sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Lan ditemui pada sidang media Lan Solo Next Level Showcase yang bakal diadakan pada 2 Mac depan di Malaysia Tourism Centre (MatiC).

Lan bakal beraksi dengan bekas ahli kumpulan Kristal.

Menerusi persembahan itu, Lan bakal bergabung dengan bekas ahli kumpulan Kristal yang lain iaitu Ainol, Ezal, Joe, Ejan dan Amai.

Bercakap tentang gabungan itu, Lan berkata empat orang bekas ahli itu adalah yang terawal menghubunginya selepas mendapat tahu dia keluar daripada kumpulan itu.

"Mereka antara yang terawal menghubungi saya selepas mengetahui tentang berita saya bergerak solo. Mereka banyak beri sokongan dan kata-kata semangat.

"Ini merupakan peluang untuk kami bergabung pada skala besar dan ia juga permintaan peminat yang rindu dengan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lan yang bakal menyanyikan sebanyak 20 buah lagu dalam persembahan tersebut turut berkata dia tidak mempunyai masalah dalam menyanyikan lagu-lagu hit bersama kumpulan itu.

Katanya, lagu-lagu lama ketika bersama Kristal masih menjadi kegemaran dan permintaan peminat setiap kali membuat persembahan.

"InsyaAllah tiada masalah untuk bawa lagu Kristal. Lagu-lagu itu memori dan sejarah saya dan setiap kali persembahan akan ada yang buat permintaan untuk nyanyi lagu lama,” ujarnya.

Lan Solo

Artikel Lain