Amelina tak malu mengaku dia asalnya ‘minah kilang’ - Hiburan | mStar

Amelina tak malu mengaku dia asalnya ‘minah kilang’

Amelina tidak malu mengakui bekerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang sebelum ini. Foto Instagram @amelinaamirsharipuddin

PENYANYI Amelina tidak pernah berasa malu untuk mengakui dirinya dulu bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

Menurut Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 44, pekerjaan itu telah membantu dirinya membina keyakinan sebelum bergelar anak seni.

"25 tahun lalu, di sinilah Kak Long (nama panggilan Amelina) memulakan hidup sebagai operator pengeluaran selepas tamat sekolah. Kilang ini ruang Kak Long menimba seribu satu pengalaman dan belajar erti berdikari.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelina terkedu anak-anak tanya kisah lama

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ke lelaki sanggup terima Amelina beranak enam?

Amelina berkongsi kenangan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

"Kak Long tak pernah malu atau rendah diri menjadi gadis kilang dulu tau. Biarlah apa orang nak kata yang penting Kak Long cari rezeki halal.

"Di sini juga Kak Long mencari keyakinan untuk mencuba menjadi anak seni. Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan," katanya.

Menerusi laman Instagram, pemenang tempat keempat program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) ini mengimbau kembali kenangan bekerja di sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan.

Amelina bersama hadiah kemenangan GV5.

Sementara itu, penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ini memberitahu dengan pendapatan sebanyak RM450 sebulan yang diterima itu digunakan untuk membantu keluarga.

"Paling penting gaji Kaklong cuma RM450 kat sini sepanjang setahun setengah bekerja, Kakl Long berjaya membantu mak abah, adik-adik semua. Alhamdulillah atas rezeki.

"Bayangkan Kak Long gila cari duit masa tu tau. Tak pernah cuti walaupun raya ke, birthday ke yang penting nak kejar segala double, triple pay, memang seronok!

"Rindunya Kak Long dengan semua kawan kat (kilang) TDK, mana korang semua?," ujarnya.

Amelina , GV5

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu