suria

"Geramlah! Sorang-sorang aku 'block' "- Zulin Aziz

Zulin kongsi luahan tentang aktiviti jual beli wang lama di Instagram. Foto Instagram @zulinaziz

PENGACARA Zulin Aziz bengang apabila ruangan komen di Instagramnya dipenuhi dengan aktiviti penjualan wang lama daripada individu tidak dikenali.

Menurut Zulin, 28, pelbagai tindakan sudah diambil antara menyekat akaun tersebut namun masih ada yang meninggalkan komen tersebut.

"Geram sungguhlah yang komen nak pertukaran wang syiling mata wang asing. Nak bagitahu tak ada aku simpan duit syiling tahun 1999, zaman tu dah habis guna beli mainan, tikam-tikam. Tak ada dah aku simpan tahun ni.

"Ni nak 2019 dah, move on la tak payah gigih translate Bahasa Melayu, kalau balas pun bukan paham.

Zulin rimas aktiviti pertukaran jual beli wang asing di Instagram.

"Pasal apa ni wujud, sorang-sorang aku block, geram lah kita bagi gambar selfie, sekali komen pertukaran wang asing," katanya.

Dalam dialek utara, penyanyi lagu Dan Ketika Itu ini berkongsi rakaman pendek luahannya itu di Instagram.

Hasil pemerhatian mStar Online mendapati, kebanyakan akaun yang menjalankan aktiviti tersebut dipercayai bukan warganegara Malaysia.

Zulin kongsi pandangan di Instagram.

Bagaimanapun, kapsyen dan komen yang ditulis oleh individu terbabit menggunakan Bahasa Melayu bagi menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata pengikut Zulin di laman tersebut bersetuju dengan pandangan itu dan turut terhibur dengan video yang di muat naik.

"Haha... awat lawak bebenor ni kak... tak payah layan dia orang tu scammer je, ramai dah kena," tulis Nordilamudi.

"Aduhai, lawak betul tapi betul la rimas tengok, good one Zulin menyampah betul yang dok iklan duit lama tu. Pang laju-laju sat gi baru depan tahu," komen Zarazinda.

Zulin Aziz

Artikel Lain